Lebih 2,000 alami keletihan haba

MAKKAH: Lebih 2,000 jemaah haji mengalami keletihan haba ketika menunaikan ibadah haji, selepas suhu meningkat kepada 48 darjah Celsius, kemuncak musim panas padang pasir Saudi.

Lebih 1.8 juta orang menunaikan ibadah haji, kebanyakannya diadakan di luar bangunan pada kemuncak musim panas padang pasir Saudi.

Pegawai Saudi berkata, kira-kira 1,700 kes keletihan haba direkodkan pada Khamis, memandangkan sejumlah besar jemaah haji kekal di tapak suci, sehari selepas upacara utama selesai.

Menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi, jumlah kes keletihan haba sejak awal hari ini mencecah 1,721.

Justeru, Kementerian Kesihatan Arab Saudi menggesa orang ramai untuk menjauhkan diri daripada cahaya matahari dan minum air yang banyak.

Bagaimanapun, pegawai itu tidak memberikan angka kematian tetapi sekurang-kurangnya 30 orang dilaporkan meninggal dunia ketika menunaikan haji, berdasarkan angka yang diumumkan oleh pelbagai negara yang tidak menyenaraikan punca kematian.

Jemaah haji tertua dari Iran pada tahun ini berusia 114 tahun, meninggal dunia akibat serangan jantung.

Related posts

Leave a Comment