OKU johan Tilawah Al-Quran Kebangsaan

BUTTERWORTH 16 Jun –  Buat kali pertama sejak pertandingan bermula pada tahun 1947, qari orang kurang upaya (OKU) penglihatan muncul sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan. Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, anak sulung daripada enam beradik dari Kelantan itu dipilih sebagai johan tilawah untuk tahun 1444H/2023M malam ini. Johan bagi kategori qariah pula dimenangi Penolong Pegawai Islam Yayasan Islam Terengganu, Nor Hidayah Abd Rahman. Kemenangan itu melayakkan mereka membawa pulang masing-masing hadiah wang tunai RM20,000, selain piala iringan dan tambahan wang tunai RM10,000 bagi menunaikan haji. Muhammad Qayyim, 25 dan Mor…

Read More

KJ sertai perbincangan hala tuju ekonomi bersama PM

KUALA LUMPUR 16 Jun –  Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin antara yang menghadiri perbincangan mengenai hala tuju ekonomi negara dipengerusikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim petang tadi. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan peranan Khairy dalam perbincangan yang disifatkan Anwar sebagai usaha berterusan kerajaan untuk mendapatkan buah fikir serta pandangan mengenai ekonomi negara daripada segenap lapisan masyarakat. Selain Khairy, turut hadir dalam perbincangan itu adalah bekas Menteri Kewangan II,  Johari Abdul Ghani. “Alhamdulillah, petang tadi saya telah mengadakan perbincangan terkait hala tuju ekonomi negara antaranya bersama-sama ahli ekonomi, Datuk Seri Johari Ghani dan…

Read More

Operasi SAR Hawari tamat, sambung 2024

KATHMANDU 16 Jun – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim,33, sejak 19 Mei lalu ditamatkan hari ini dan akan disambung tahun depan. Ketua Misi ME2023,Azim Afif Ishak berkata, pihaknya sehingga semalam, 15 Jun 2023 belum menemui sebarang petunjuk. Menurutnya, permit khas pencarian menggunakan dron dan SAR udara yang diluluskan pihak berkuasa Nepal juga sudah tamat dan aktiviti pendakian ke puncak Everest sudah ditutup bermula 29 Mei lalu. Katanya,operasi SAR  yang diadakan semalam (Khamis) turut  mengesan  satu objek …

Read More

Anwar tidak tahu LHDN geledah rumah Hamzah

SEPANG 16 Jun – “Itu urusan LHDN, urusan badan penyiasat dan saya tidak dimaklumkan,” kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Beliau yang juga Menteri Kewangan  mengulas laporan berkaitan serbuan dan penggeledahan oleh pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke rumah Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin. Anwar menegaskan beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan oleh LHDN itu dan menyifatkan itu adalah urusan agensi berkenaan selaku badan penyiasat. “Itu urusan LHDN, urusan badan penyiasat dan saya tidak dimaklumkan,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, di sini hari ini. Beliau…

Read More

Anwar jamu selera di Sports Arena

SEPANG 16 Jun –  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim singgah di Medan Selera Sports Arena, Cyberjaya untuk menjamu selera sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah di sini. Beliau yang berbaju Melayu Biru muda tiba pada pukul 1.07 tengah hari dan beramah mesra dengan orang ramai dan peniaga di medan berkenaan. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi Adat Istiadat Melayu, Kebudayaan Warisan, Borhan Aman Shah serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Abd Hamid Hussain.

Read More

Import telur adalah langkah tambahan

KUALA LUMPUR 16 Jun – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan tidak lagi merekodkan kemasukan telur ayam import dari India selepas Januari lalu manakala pengimportan dari Thailand belum direkodkan. Menterinya, Mohamad Sabu, berkata, pengimportan telur dari Thailand atau negara sumber lain adalah langkah tambahan bagi mempelbagaikan sumber bekalan telur serta menampung keperluan tambahan, atau kekurangan bekalan jika ia berlaku secara mengejut. Tegasnya, sebarang usaha pengimportan telur sama ada dari India atau Thailand adalah berdasarkan keputusan antara perniagaan dengan perniagaan, dan bukan dilakukan kerajaan. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) juga ingin…

Read More