Anwar tidak tahu LHDN geledah rumah Hamzah

SEPANG 16 Jun – “Itu urusan LHDN, urusan badan penyiasat dan saya tidak dimaklumkan,” kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan  mengulas laporan berkaitan serbuan dan penggeledahan oleh pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke rumah Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin.

Anwar menegaskan beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan oleh LHDN itu dan menyifatkan itu adalah urusan agensi berkenaan selaku badan penyiasat.

“Itu urusan LHDN, urusan badan penyiasat dan saya tidak dimaklumkan,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, di sini hari ini.

Beliau mengulas serbuan dan penggeledahan di kediaman Setiasaha Agung Bersatu yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu di Damansara, dipercayai pada Selasa lalu.

Difahamkan, ketika serbuan pukul 11 pagi dipercayai berkait isu cukai yang tidak dilaporkan itu, Hamzah yang juga bekas Menteri Dalam Negeri berada di kediaman berkenaan.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, beliau juga tidak tahu timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikatakan mengambil cuti dua minggu.

“Tak ada pula (dimaklumkan Ahmad Zahid bercuti),” katanya.

Related posts

Leave a Comment