“Apa yang mahu kami rayukan”

KUALA LUMPUR 13 Jun – “Apa yang mahu kami rayukan”, soal bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung ‘undangan’ Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pemimpin yang dipecat dan digantung untuk menyertai semula parti itu. Beliau senada dengan kenyataan bekas Naib Presiden, Hishammuddin Hussein dan bekas Ketua Bahagian Tebrau, Maulizan Bujang yang sangsi dengan keikhlasan jemputan itu. “Ini kerana kami tidak tahu atas alasan apa kami dipecat dan digantung…kita tidak tahu tindakan apa yang melayakkan kami dipecat dan digantung, apa yang mahu kami rayukan,” katanya dalam…

Read More

Sumbangan Rahmah Fasa 3 sebelum Aidiladha

KUALA LUMPUR 13 Jun – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 dijangka disalurkan kepada penerima yang layak sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha hujung bulan ini. Beliau  berkata, bayaran tersebut melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion dan akan memanfaatkan lapan juta penerima yang akan menerima antara RM100 hingga RM1,300. “Selain itu, (bayaran) e-Tunai Belia Rahmah RM200 kepada belia (berusia) 18 sehingga 21 tahun akan disalurkan sebelum minggu ketiga bulan ini,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad…

Read More

Perjanjian sempadan maritim dirujuk pakar

KUALA LUMPUR 13 Jun – Perdana Menteri  Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa perjanjian sempadan maritim dengan Indonesia yang ditandatanganinya baru-baru ini, tidak mendapat pandangan pakar-pakar berkaitan termasuk maritim. Beliau  berkata, perjanjian dimeterai selepas merujuk kepada pakar maritim, Jabatan Maritim, Kementerian Luar, Pejabat Peguam Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Ukur dan Pemetaan dan Pusat Hidrografi Nasional Malaysia, Malahan kata Anwar, beliau terus berhadapan dengan pakar-pakar berkenaan sebelum memeterai perjanjian dengan Presiden Indonesia, Jokowi hasil kerjasama Menteri Luar dan Kementerian Luar yang banyak menjalankan tugas dalam hal ini. Justeru Anwar menegaskan…

Read More

HSI, HSA dapat peruntukan khas RM771,600

PUTRAJAYA 13 Jun – Lawatan mengejut Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru baru-baru ini membawa hasil apabila Kementerian Kesihatan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM771,600. Peruntukan khas itu bagi pembelian aset perubatan dan bukan perubatan untuk keperluan HSI dan HSA Johor Bahru dan pada masa yang sama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) akan mendapat 35 orang jururawat tetap dan perjawatan lain. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa ketika mengumumkan demikian berkata, peruntukan khas itu adalah bagi pembukaan semula dua wad di…

Read More

Ahli politik, usahawan calon Presiden Singapura

SINGAPURA 13 Jun –  Permohonan bagi menyertai Pilihan Raya Presiden Singapura dibuka hari ini dengan dua orang individu setakat semalam menawarkan diri bagi pemilihan yang dijadualkan berlangsung pada September ini. Mendahului senarai, Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Dasar Sosial, Tharman Shanmugaratnam yang mengumumkan kesediaannya bertanding jawatan itu pada 8 Jun lalu dan akan meletak jawatan dalam Kabinet pada 7 Julai depan. Semalam (Isnin), pengasas bersama Harvey Norman Ossia, George Goh, mengumumkan hasratnya untuk menyertai saingan bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Halimah Yacob yang tidak mempertahankan jawatan itu. Permohonan bagi…

Read More