KUALA LUMPUR 8 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO tetap tegas dengan pendirian awal menggesa DAP memohon maaf kepada parti itu susulan segala tohmahan yang dilemparkan sebelum ini. Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau tidak akan menarik balik kenyataan yang dibuat semasa ucapan dasar Pemuda pagi ini. Tegasnya, walaupun dianggap ‘langau’ dan biadap, apa yang disuarakan adalah suara yang hadir daripada keresahan akar umbi. “Kenyataan yang kita buat pagi tadi, sama sekali kita tak akan tarik. Itu muktamad dari Pemuda. Biarlah orang kata kita langau, kita biadap, yang penting kita…
Read MoreDay: June 8, 2023
Jokowi sertai santapan petang di Istana Negara
KUALA LUMPUR 8 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menerima menghadap Presiden Indonesia Joko Widodo di Istana Negara hari ini. Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi, bersama isterinya, Iriana, tiba pada 3.35 petang bagi menghadiri majlis santapan petang bersama Seri Paduka dan meluangkan masa kira-kira sejam di Istana Negara. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Hadir sama pada majlis menghadap itu ialah Menteri Luar,…
Read MoreDUN Pulau Pinang bubar 28 Jun
TANJONG 8 Jun – Pulau Pinang akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN), kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. “Kami mencadangkan agar DUN dibubarkan pada 28 Jun ini. Kami akan mengatur dengan sewajarnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Pada Februari lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang bersama Menteri Besar Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor dan Terengganu, semua bersetuju untuk membubarkan DUN masing-masing dalam tempoh dua minggu terakhir Jun. PRN pula dicadangkan dilaksanakan serentak bagi mengurangkan kos. Persefahaman itu dicapai pemimpin…
Read MoreTidak timbul isu DAP mohon maaf kepada UMNO
KUALA LUMPUR 8 Jun – Isu permohonan maaf daripada DAP kepada UMNO seperti yang dibangkitkan Ketua Pemuda, Dr Muhammad Akmal Salleh, tidak perlu lagi ditimbulkan, kata Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana sudah ada persetujuan bersama dicapai di antara UMNO dan Pakatan Harapan (PH) ketika rundingan kerjasama dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan yang turut membabitkan DAP diadakan. “Mereka (DAP) sudah nyatakan perkara ini beberapa kali, malah dalam perundingan kita untuk membentuk kerajaan ini pun bukan perkara itu yang menjadi syarat utama kepada kita. Mereka bersetuju…
Read MoreKalimah Allah : Usul persendirian PN ditolak
KUALA LUMPUR 8 Jun – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, menolak usul persendirian untuk meminda Akta Tafsiran 1948 dan 1967 (Akta 388) bagi memuktamadkan tafsiran dan penggunaan kalimah Allah di negara ini. Usul itu dikemukakan Zulkifli Ismail (PN-Jasin) pada 25 Mei lalu, yang antara lain mencadangkan supaya kalimah Allah dimasukkan dalam akta itu dan tafsirannya bersandarkan pada Surah Al-Ikhlas. Menurut Zulkifli, usul itu mencadangkan supaya Seksyen 66 Akta 388 dipinda dengan memasukkan makna, terjemahan dan tafsiran kalimah Allah yang selaras dengan Surah Al-Ikhlas. Berdasarkan surah itu, katanya, kalimah Allah…
Read MoreWanita 100 tahun terima kunjungan Agong
KUALA LUMPUR 8 Jun – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melakukan kunjungan mengejut ke atas Kamala Das yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 pada Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka, Isnin lalu. Turut berangkat mengiringi Seri Paduka ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Menurut catatan Facebook Istana Negara hari ini, dalam kunjungan yang bermula pukul 11.30 pagi itu, Seri Paduka berdua telah berkenan meluangkan masa selama sejam di rumah Kamala di Taman Utama, Ampang, Selangor. Selain bertanya khabar dan beramah mesra dengan…
Read MoreJokowi santuni rakyat di Chow Kit
KUALA LUMPUR 8 Jun – Jika semalam Presiden Joko Widodo ‘disambut’ warganegara Indonesia di hotel penginapannya, hari ini beliau ‘turun padang’ melawat Pasar Chow Kit yang mendapat perhatian para pekerja dan pengunjung warga Indonesia. Jokowi yang tiba bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kira-kira pukul 12.30 tengah hari disambut dengan sorakan, sehingga ada dalam kalangan pekerja sanggup meninggalkan kedai jualan untuk merakamkan kehadiran Jokowi. Individu yang digelar ‘bapak negara’ itu turun dari kenderaan dan melambaikan tangan serta bersalaman dengan warga Indonesia terbabit. Pada masa sama, pekerja Indonesia berkenaan…
Read MoreJokowi hargai komitmen Anwar
PUTRAJAYA 8 Jun – Presiden Indonesia, Joko Widodo, menghargai komitmen diberikan Seri Anwar Ibrahim, yang mahu melindungi pekerja dari negaranya dengan kedua negara sepakat membentuk satu mekanisme khusus bagi menyelesaikan isu migran di negara ini. Selain itu Jokowi juga meminta supaya diwujudkan segera satu pusat pembelajaran komuniti dan warga negara Indonesia yang kini ditahan di Depoh Imigresen untuk segera dipulangkan. Beliau berkata demikian pada satu sidang media yang diadakan di Kompleks Seri Perdana sempena lawatannya ke Malaysia. Terdahulu, Jokowi dan Anwar turut menyaksikan pertukaran dokumen bagi enam instrumen yang dimeterai…
Read MoreLawatan Jokowi bukan lawatan biasa – PM
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan, lawatan kerja Presiden Indonesia Joko Widodo ke Malaysia bukannya lawatan biasa sebaliknya sebagai keluarga dan sahabat akrab berdasarkan perundingan yang dilakukan. Katanya ini berdasarkan perundingan yang dilakukan antara pemimpin dan keputusan yang dicapai hasil pertemuan itu. “Dalam sejarah hubungan dua hala dengan mana-mana negara di dunia, peningkatan kerjasama dan persefahaman dalam masa yang singkat dengan Indonesia ini luar biasa,” katanya pada sidang media bersama Jokowi di Kompleks Seri Perdana di sini. Beliau berkata kerjasama dua hala itu sampai ke tahap sangat membanggakan dan akan…
Read MorePemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf
Pemuda UMNO tuntut DAP mohon maaf KUALA LUMPUR 8 Jun – Pemuda UMNO menuntut DAP membuat permohonan maaf secara terbuka atas semua kata-kata dan tohmahan yang pernah dilemparkan kepada UMNO sehingga mengguris hati semua ahli parti itu hingga kini. Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata jika DAP boleh memohon maaf secara terbuka kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) ketika mahu menubuhkan kerajaan sebelum ini, mengapa tidak kepada UMNO. “DAP boleh terbang ke Sarawak berjumpa dengan GPS, minta maaf. Maka hari ini, kalau mahu lembutkan hati orang UMNO, kalau suci…
Read More