PAU 2023: Sayap parti diberi kebebasan

KUALA LUMPUR 5 Jun –  Sayap parti UMNO diberi kebebasan untuk menjemput atau tidak wakil mana-mana parti gabungan Kerajaan Perpaduan pada perhimpunan masing-masing sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023, minggu depan.

Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, jemputan hanya akan dilakukan oleh kepimpanan tertinggi.

“Saya fikir ia bukan soal ketegasan, biarlah kami peringkat kepimpinan tertinggi yang menjemput mereka (wakil parti gabungan) untuk mereka hadir dalam ucapan dasar atau persidangan UMNO.

Oleh kerana perasmian ketiga-tiga sayap dibuat pada 7 haribulan (Jun) maka persidangan sayap-sayap adalah pada 8 haribulan (Jun), jadi keputusan Majlis Tertinggi adalah hanya kita yang panggil dan jemput pemimpin parti lain dalam 19 parti.

“Yang utama adalah pengerusi parti yang menaungi parti yang bergabung dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya selepas Majlis Perasmian Bangunan baharu UMNO Bahagian Batu, di sini malam tadi.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh yang tidak akan menjemput wakil mana-mana parti gabungan Kerajaan Perpaduan pada perhimpunan sayap itu.

Beliau juga mengesahkan, tiada ucapan membabitkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam majlis perasmian PAU.

Kelmarin, Barisan Exco dan Ketua Pemuda UMNO negeri sebulat suara membuat keputusan untuk tidak akan menjemput wakil mana-mana parti lain dalam Kerajaan Perpaduan ke Perhimpunan Pemuda UMNO sempena PAU 2023 yang dijadualkan berlangsung minggu hadapan.

Muhamad Akmal berkata, keputusan itu dicapai menerusi undian yang dibuat.

“Diundi dan mendapat undian sebulat suara oleh semua Exco dan Ketua Pemuda UMNO negeri. Ini ruang untuk kita perjelas, meluah dan perbetulkan apa yang menjadi tanda tanya di kalangan adik-beradik kita.

Selesaikan hal adik beradik kita dahulu sebelum menjemput orang luar datang dan masuk ke rumah kita,” katanya.

Related posts

Leave a Comment