IPOH 18 Mei Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Perak di Taman Tema Lost World of Tambun (LWOT) di sini malam ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu’adzam Shah. Keberangkatan tiba baginda pukul 8.15 malam disambut Perdana Menteri…
Read MoreDay: May 18, 2023
Apa tidak kena keputusan KDN ?
IPOH 18 Mei – Tiada perubahan signifikan akan berlaku susulan keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan menarik semula rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’. Justeru Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, ia tidak seharusnya dipolemikkan berikutan tidak membabitkan perubahan peringkat dasar. Beliau berkata sejak sekian lama pentadbiran kerajaan bersilih ganti antara parti, namun keputusan mahkamah itu tetap diguna pakai sehingga sekarang. “Tak apalah tak setuju (dengan penarikan rayuan oleh KDN dan kerajaan), tetapi itu (penggunaan kalimah ‘Allah’) keputusan lama dan dipakai kerajaan terdahulu pun…dari Barisan…
Read MoreTidak dengar ahli UMNO protes DAP
SEREMBAN 18 Mei – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, tidak mendengar sebarang protes daripada ahli UMNO atau khabar mengatakan mereka akan keluar parti susulan lokasi himpunan orang UMNO dimasuki anggota parti itu pada Ahad lalu. Beliau menegaskan, kehadiran pemimpin DAP, termasuk dirinya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada hari berkenaan, adalah atas kapasiti sebagai seorang pemimpin Kerajaan Perpaduan. “Saya tak dengar pun ada ahli parti itu (UMNO) tunjuk protes (keluar parti). Itu hak masing-masing, saya tak tahu, sama ada mereka nak protes atau sebaliknya, itu terpulang.…
Read MoreJalan Temiang kini Jalan Dr Chen Man Hin
SEREMBAN 18 Mei – Jalan Temiang, salah satu jalan utama di sini secara rasmi dinamakan Jalan Dr Chen Man Hin, mengambil sempena nama veteran yang juga pengasas DAP yang meninggal dunia pada 17 Ogos tahun lalu. Mendiang adalah ADUN Rahang dari tahun 1965 hingga 1982 dan juga pernah menjadi Ahli Parlimen Seremban Timor (1969 – 1974) dan Seremban (1974 – 1982 dan 1983 – 1990). Man Hin juga pernah menjadi Pengerusi DAP sejak 1966 hingga 1999 dan telah dilantik sebagai penasihat seumur hidup yang pertama bagi parti itu. Pada 15…
Read MoreBerita pilihan…
Belia sampaikan khutbah Jumaat di Perak
IPOH 18 Mei – Sempena Hari Belia yang disambut setiap 15 Mei, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan tema khutbah Jumaat esok (19 Mei) memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada golongan berkenaan. Menurut Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak (MAIPK), Mohd Annuar Zaini, khutbah bertemakan Belia Pewaris Negara Bangsa itu akan disampaikan di semua masjid di negeri ini. Katanya, Sultan Nazrin turut memperkenankan pemimpin belia diberikan penghormatan membaca khutbah berkenaan. “Susulan daripada itu Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak sudah mengemukakan 24 nama pemimpin belia kepada Pengarah Jabatan Agama Islam…
Read MorePencemaran plastik dijangka kritikal
PARIS: Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini memberi amaran bahawa isu pencemaran plastik akan menjadi kritikal dalam beberapa tahun akan datang. Pada 2020, sekitar 238 juta tan metrik sampah adalah plastik sekali guna seperti bungkusan yang dibuang dan jika tiada perubahan ketara, setiap tahun, sampah plastik akan mencecah 408 juta tan metrik menjelang 2040. Justeru dunia mesti mengurangkan hingga separuh penggunaan plastik sekali pakai dan mengurangkan pembuangannya untuk mencegah pencemaran alam sekitar. Menurut laporan PBB, kekuatiran memuncak mengenai kesan sisa plastik ini, susulan serpihan mikroplastik ditemui dari dasar lautan…
Read MoreTikus salai dalam bagasi dirampas
BAYAN LEPAS 18 Mei – Nilainya cuma RM1,000 tetapi cubaan membawa masuk 10 kilogram tikus salai tanpa kebenaran menyebabkan seorang penumpang dari Vietnam berhadapan kemungkinan didenda tidak melebihi RM100,000. Individu berkenaan juga boleh dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Semalam, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk tikus salai tanpa kebenaran di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP). Menurut Pengarah Maqis, Muhammad Ikram Abdul Talib, pihaknya merampas 10 kilogram tikus salai tersebut yang bernilai RM1,000 hasil kerjasama…
Read More