Raja Charles III ditabal secara rasmi Raja Britain

LONDON: Raja Charles III hari ini secara rasmi ditabalkan sebagai raja Britain, menggantikan mendiang ibunya, Ratu Elizabeth II dalam istiadat pertabalan pemerintah lelaki pertama sejak 1953. Uskup Agung Canterbury, Justin Welby memakaikan mahkota St Edward di kepala Charles sebagai simbol kesucian dan kewibawaan raja kuno pada pukul 12.02 tengah hari (waktu Britain). Serentak itu, ‘God Save the King’ dilaungkan 2,300 ahli jemaah di Westminster Abbey, diiringi instrumen trompet ketika kemuncak istiadat pertabalan itu, disusuli dengan tembakan senapang serta deruman loceng. Charles, 74, akan memakai mahkota St Edward hanya sekali semasa…

Read More

Lakar sejarah pada hari pertabalan Charles

KUALA LUMPUR 6 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, melakar sejarah tersendiri apabila menjadi Ketua Negara Malaysia pertama mencemar duli menghadiri Istiadat Pertabalan Diraja United Kingdom (UK). Al-Sultan Abdullah bertitah, ia hari yang sangat istimewa dan peristiwa bersejarah untuk baginda kerana menjadi raja pertama Malaysia menghadiri acara penobatan. Sebelum ini, tidak ada raja Malaysia yang menghadiri istiadat pertabalan sejak 70 tahun yang lalu. “Hanya ada empat sultan (pernah menghadirinya) sebelum kemerdekaan. Oleh itu, hari ini dan…

Read More

Pertabalan Raja Charles III hari ini

LONDON: Raja Britain Raja Charles III akan ditabalkan di Westminster Abbey London hari ini dalam upacara pertabalan penuh istiadat yang akan dikendalikan Uskup Agung Canterbury, Justin Welby. Menurut laporan media, Mahkota St Edward yang diperbuat daripada emas padu akan dimahkotakan ke atas Charles oleh Welby yang akan diiringi laungan “God Save the King”. Untuk rekod, ini adalah pertabalan pertama Britain sejak 70 tahun dan diadakan selepas lapan bulan kemangkatan Ratu Elizabeth II, pada usia 96 tahun. Istiadat berkenaan menyaksikan operasi istiadat terbesar tentera sejak pertabalan Ratu Elizabeth pada 1953, yang…

Read More

Covid-19 tidak lagi kecemasan kesihatan

LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Covid-19 tidak lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global, sekali gus menjadi langkah besar menuju pengakhiran wabak yang sudah membunuh lebih 6.9 juta orang, selain mengancam ekonomi dan komuniti sejagat. Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata syor itu diputuskan dalam pertemuan Jawatankuasa Kecemasan kali ke-15. “Semalam, pertemuan Jawatankuasa Kecemasan untuk kali ke-15 mengesyorkan kepada saya untuk isytihar penamatan kecemasan kesihatan awam bagi kebimbangan antarabangsa. Saya menerima nasihat berkenaan, oleh itu dengan penuh harapan saya mengisytiharkan penamatan Covid-19 sebagai kecemasan kesihatan global,” katanya. Jawatankuasa kecemasan…

Read More

PSI beri kesan terhadap PH semasa PRN?

KUALA LUMPUR 6 Mei – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow didakwa gagal menangani kebimbangan pelbagai pihak, khususnya nelayan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar berhubung projek Pulau Pinang Selatan (PSI). Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan negeri tidak memberi penjelasan sewajarnya apabila ditanya mengenai projek itu oleh pihak yang membantah. Beliau mengambil contoh apabila ditanya apakah 71 syarat yang dikenakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), Kon Yeow berkata butiran semua ada dalam laman sesawang, boleh rujuk dan baca di sana. “Laporan berkenaan setebal 1,000 muka…

Read More

Pembahagian kerusi PH-BN hampir selesai

MASJID TANAH 6 Mei – Proses pembahagian kerusi antara parti gabungan Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,  hampir selesai, kata Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata satu mesyuarat khas yang dipengerusikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim selaku Pengerusi bagi Gabungan Parti Politik Kerajaan Perpaduan akan diadakan Ahad ini. Katanya, mesyuarat membabitkan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan memperincikan lagi cadangan pembahagian kerusi itu serta membincangkan persiapan untuk menghadapi PRN di enam negeri itu. “Setakat ini, persiapan kami…

Read More