BN ulangi sokongan kepada Anwar

KUALA LUMPUR 5 Mei – Barisan Nasional (BN) hari ini mengulangi penegasan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Setiausaha Agung BN, Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, BN tetap bersama dengan aspirasi rakyat untuk melihat sebuah negara yang aman dan stabil, dipimpin oleh Perdana Menteri yang disepakati oleh semua parti yang membentuk kerajaan atas asas Kerajaan Perpaduan. Justeru BN menyeru kepada semua pihak untuk memberi fokus kepada agenda membangunkan negara dan menolak sebarang bentuk politik gugatan. “Sesungguhnya negara mendambakan sebuah kerajaan yang stabil…

Read More

Lapan negeri terdedah fenomena El-Nino

KUALA LUMPUR 5 Mei –  Lapan negeri disenaraikan sebagai lokasi yang mudah dipengaruhi fenomena El-Nino yang menyebabkan cuaca kering dan panas melampau berdasarkan pengalaman kejadian El-Nino tahun 2015-2016. Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), negeri terbabit adalah Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor. SPAN berkata menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, kebarangkalian berlakunya El-Nino adalah sekitar 57 peratus pada bulan Jun hingga September 2023 dan meningkat kepada 62 peratus pada September sehingga November 2023. El-Nino berlaku akibat peningkatan suhu Lautan Pasifik secara mendadak, sekali gus akan mengakibatkan…

Read More

Kerajaan Perpaduan masih kukuh

KUALA LUMPUR 5 Mei – Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim masih memiliki sokongan kukuh daripada 148 Ahli Parlimen, kata Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Justeru beliau menafikan dakwaan beberapa pemimpin pembangkang yang memberi bayangan kononnya Kerajaan Perpaduan kini tergugat dengan jumlah Ahli Parlimen yang menyokong pentadbiran Anwar semakin berkurangan. Asyraf yang juga Setiausaha Agung UMNO, menyifatkan tindakan pembangkang menyebut angka tertentu bagi memberi bayangan mengenai gerakan menjatuhkan kerajaan, adalah bermotifkan rasa cemburu selepas gagal berkuasa selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). “Alhamdulillah, 148 Ahli Parlimen yang menandatangani…

Read More

Kes Covid-19 meningkat tiga peratus

PUTRAJAYA 5 Mei –  Sebanyak 4,963 kes Covid-19 dilaporkan bagi Minggu Epidemiologi ke-17 (ME 17/2023) iaitu dari 23 April hingga 29 April lalu, peningkatan tiga peratus berbanding minggu sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital bagi setiap 100,000 penduduk meningkat kepada 5.8 peratus pada ME 17 berbanding 4.8 peratus pada minggu sebelumnya. Bagaimanapun katanya, keadaan jangkitan Covid-19 di Malaysia masih terkawal dan perkhidmatan kesihatan serta kapasiti di hospital tidak terjejas. Katanya, majoriti yang dimasukkan ke hospital adalah golongan berisiko tinggi seperti…

Read More

WHO bincang status Covid-19

GENEVA: Jawatankuasa Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersidang semalam bagi membincangkan sama ada Covid-19 masih merupakan satu kecemasan kesihatan global. Mesyuarat ke-15 panel itu mengenai krisis Covid-19 diadakan lebih tiga tahun selepas ia mengisytiharkan tahap amaran kecemasan tertinggi WHO ketika koronavirus merebak ke luar China. Jawatankuasa bebas itu bersidang setiap tiga bulan untuk berbincang tentang pandemik dan melaporkannya kepada Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus, yang kemudian memutuskan sama ada ia kekal sebagai satu kecemasan antarabangsa. Mesyuarat dipengerusikan oleh doktor dari Perancis, Didier Houssin, dan hasil mesyuarat mungkin mengambil masa…

Read More

UNHCR perlu AS$445 juta bantu pelarian

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memerlukan peruntukan sebanyak AS$445 juta sehingga Oktober untuk membantu kira-kira 860,000 orang yang dijangka melarikan diri dari Sudan. Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam kenyataan berkata, ia sudah membentangkan rayuannya kepada negara-negara penderma awal Khamis. Dana itu akan disalurkan kepada para penduduk yang melarikan diri ke Chad, Sudan Selatan, Mesir, Habsyah dan Republik Afrika Tengah. Lebih 100,000 orang melarikan diri dari Sudan sejak pertempuran tercetus pada 15 April antara pemimpin Sudan Abdel Fattah al-Burhan yang menerajui angkatan tentera negara itu dan timbalannya…

Read More