Muda tegas tolak pengampunan Najib

KUALA LUMPUR 1 Mei – Selepas pemimpin Amanah menyarankan supaya Lembaga Pengampunan menolak permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pula berpendirian demikian. Dalam satu kenyataan hari ini, Jawatankuasa Eksekutif Pusat Muda, menegaskan ia membantah sebarang gerakan untuk menyelamatkan mana-mana pemimpin dirujuknya ‘kleptokrat’ yang didakwa menyusahkan dan menggadai negara. Menurut kenyataan itu, Najib didapati bersalah bukan terhadap satu, tetapi tujuh pertuduhan yang jika diberi pengampunan bakal memberikan mesej salah kepada rakyat Malaysia. “Adakah rakyat biasa yang didapati bersalah atas jenayah sama, akan diberi keistimewaan ini?” menurut…

Read More

Dr Malar terima Anugerah Pekerja Contoh

PUTRAJAYA 1 Mei – Dr Malar Santhi Santherasegapan yang sering berkongsi tips kesihatan melalui ‘Celoteh Dr Malar’ terutama semasa pandemik Covid-19 dipilih sebagai penerima Anugerah Pekerja Contoh pada Sambutan Hari Pekerja 2023 hari ini. Celoteh doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Cheras, Selangor, itu mendapat sambutan di semua platform media sosial terutama di Facebook dan TikTok serta dikenali ramai di sejak Mac 2020. Beliau aktif berkongsi tips mengenai Covid-19 dan vaksin dengan penyampaian dalam bahasa Melayu dan dengan cara yang lebih mudah difahami. Mengulas penerimaan anugerah itu, Dr Malar…

Read More

Annuar Musa berhasrat sertai Pas

KOTA BHARU: Bekas Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa yang dipecat daripada parti itu sudah memaklumkan hasrat untuk menyertai Pas. Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan mengesahkan perkara itu ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Kota Bharu, di sini hari ini. Perkembangan itu menyusul selepas bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Noh Omar mengesahkan akan bertanding pilihan raya negeri (PRN) di Selangor di bawah tiket Perikatan Nasional (PN). “Annuar ada maklumkan baru-baru ini untuk sertai PAS dan kita memang terima banyak permintaan daripada bekas-bekas pemimpin UMNO untuk sertai PN…

Read More

23 peratus pekerjaan dijangka berubah

HAMPIR satu perempat atau 23 peratus daripada pekerjaan dijangka berubah dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi pertumbuhan 10.2 peratus dan penurunan 12.3 peratus pekerjaan. Demikian menurut laporan ‘The Future of Jobs Report 2023’, yang menghimpunkan perspektif 803 syarikat yang secara keseluruhannya menggaji lebih 11.3 juta pekerja dalam 27 kelompok industri dan 45 ekonomi dari semua rantau di dunia. Laporan oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) itu menunjukkan majikan menjangka 69 juta pekerjaan baharu akan diwujudkan dan 83 juta disingkirkan dalam kalangan 673 juta pekerjaan yang sepadan dengan set data, penurunan…

Read More