KUALA LUMPUR 31 Mei – Masjid dan surau seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta melaksanakan solat hajat esok (Khamis) bagi memohon kesejahteraan buat negara dan masyarakat berikutan cuaca panas. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, dalam kenyataan hari ini berkata, masjid dan surau di bawah dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut diminta berbuat demikian. “Negara sedang berhadapan keadaan cuaca panas dan kering yang memberi kesan kepada kehidupan masyarakat dalam urusan seharian. Sehubungan itu, kita harap rakyat Malaysia terus berdoa supaya cuaca…
Read MoreMonth: May 2023
Sanusi cuba timbul permusuhan
SEPANG : DAP mendakwa 𝐌𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢 𝐌𝐝 𝐍𝐨𝐫 menimbulkan ketidak tenteraman 𝐚𝐰𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐮𝐬𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 berikutan kenyataan yang 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡. Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata, dengan memprovokasi dan mempersoalkan kedaulatan dan hak Pulau Pinang untuk wujud sebagai sebuah negeri, Muhammad Sanusi mampu mengancam keamanan dan keselamatan negara. “Laporan polis harus dibuat oleh 1.8 juta rakyat Pulau Pinang untuk mendesak tindakan terhadap Muhammad Sanusi bagi melindungi Pulau Pinang dan menghalang “penceroboh politik” daripada menceroboh negeri kita,” katanya. Bekas Ketua Menteri Pulau…
Read MoreBerita pilihan…
8 parti tubuh jawatankuasa peralihan
BANGKOK: Sebuah jawatankuasa peralihan melibatkan lapan parti politik Thailand yang diterajui Parti Move Forward ditubuhkan sebagai persiapan untuk membentuk kerajaan baharu selepas kemenangan besar dalam pilihan raya pada 14 Mei lalu. Pemimpin Move Forward dan calon perdana menteri perikatan itu, Pita Limjaroenrat, berkata wakil parti perikatan itu akan bersidang setiap minggu sehingga mereka secara rasmi mengambil alih kuasa. “Kerja kami berjalan lancar dan kami komited untuk bekerjasama dalam menyelesaikan masalah rakyat sebaik mungkin,” katanya. Perikatan tersebut juga mencapai persetujuan untuk membentuk tujuh kumpulan kerja yang bertujuan bagi menangani pelbagai isu termasuk elektrik, diesel dan harga…
Read MoreEl Nino memuncak pada separuh kedua 2023
SINGAPURA 31 Mei – Fenomena El Nino akan memuncak di Singapura pada separuh kedua 2023 dengan Dwikutup Lautan Hindi (IOD) yang positif juga diramalkan meningkat dalam tempoh ini. Menurut Perkhidmatan Meteorologi Singapura (MSS) kedua-dua fenomena iklim itu dijangka membawa keadaan lebih panas dan kering ke Singapura dan wilayah sekitarnya dari Jun hingga Oktober 2023 “Ini akan meningkatkan risiko jerebu rentas sempadan yang menjejaskan Singapura dan rantau ini,” kata MSS sambil menjelaskan sejak awal tahun ini, terdapat tanda-tanda yang menyokong peningkatan El Nino dalam beberapa bulan akan datang. Semasa fenomena El…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 31.05.2023
DAP jemput Pas sertai Kerajaan Perpaduan?
SEPANG 30 Mei – Isu siapa undang Pas sertai kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar ibrahim semakin menarik perhatian apabila Ketua Penerangan Pas, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin ‘menamakan DAP”. Pada masa yang sama, beliau membidas kenyataan Presiden UMNO, Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan Presiden Pas Abdul Hadi Awang ‘jangan nak perasan’ berhubung pelawaan itu. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, Presiden UMNO itu tidak ‘buat homework’ dalam menjawab isu ini. “Hakikatnya Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang terlebih dahulu menjemput Pas menyertai Kerajaan Perpaduan kerana kedudukan kerajaan amat genting…
Read MoreAgong hadir F1 Grand Prix Monaco
KUALA LUMPUR 30 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Gala sempena perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix Monaco 2023 di Sporting de Monaco pada Ahad lalu. Berangkat sama Putera Monaco Putera Albert II. Menurut Facebook Istana Negara, keberangkatan baginda turut diiringi Puteri Charlene of Monaco dengan kehadiran sama paduka-paduka anakanda Seri Paduka. Terdahulu pada sebelah petang, Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat bersama Putera Albert II dan Puteri Charlene menyaksikan perlumbaan F1 Grand Prix Monaco yang berlangsung di Monaco F1 Main…
Read MoreAnwar menghadap Sultan Terengganu
KUALA LUMPUR 30 Mei – Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjunjung kasih kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang menerima beliau menghadap tengah hari semalam. Beliau berkata pada sesi menghadap itu, beliau menyembah maklum perkembangan terkini berhubung pembangunan negara dan negeri Terengganu kepada baginda. Menerusi catatan di laman Facebook, Anwar berkongsi beberapa keping gambar bersama baginda. Anwar turut mendoakan semoga Sultan Mizan serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Ini adalah kali kedua Anwar menghadap Sultan Mizan selepas mengangkat…
Read MoreRaja Nurshirwan Ketua Pengarah MKN
PUTRAJAYA 30 Mei – Raja Nurshirwan Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang baharu berkuat kuasa hari ini. Ketua Setiausaha Negara (KSN), Mohd Zuki Ali, berkata Raja Nurshirwan berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam dengan pengkhususan kepada hubungan antarabangsa. Beliau menggantikan Rodzi Md Saad yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) menggantikan Dr Yusof Ismail. Raja Nushirwan, pernah ditempatkan di pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Sweden, Singapura dengan jawatan terakhir beliau adalah sebagai Duta Besar di Kedutaan Besar Malaysia di Beijing,…
Read More