Sanusi cuba timbul permusuhan

SEPANG : DAP mendakwa ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐Œ๐ฎ๐ก๐š๐ฆ๐ฆ๐š๐ ๐’๐š๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข ๐Œ๐ ๐๐จ๐ซย menimbulkan ketidak tenteramanย ๐š๐ฐ๐š๐ฆ ๐๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐š๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐ฉ๐ž๐ง๐๐ฎ๐๐ฎ๐ค ๐Š๐ž๐๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐  berikutan kenyataan yang ๐ฆ๐ž๐ง๐๐š๐ค๐ฐ๐š ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ข๐ง๐š๐ง๐  ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐Š๐ž๐๐š๐ก.

Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata, dengan memprovokasi dan mempersoalkan kedaulatan dan hak Pulau Pinang untuk wujud sebagai sebuah negeri, Muhammad Sanusi mampu mengancam keamanan dan keselamatan negara.

โ€œLaporan polis harus dibuat oleh 1.8 juta rakyat Pulau Pinang untuk mendesak tindakan terhadap Muhammad Sanusi bagi melindungi Pulau Pinang dan menghalang โ€œpenceroboh politikโ€ daripada menceroboh negeri kita,โ€ katanya.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, Muhammad Sanusi jelas berniat untuk memanfaatkan dakwaan palsu ini demi mendapatkan pengaruh politik tambahan dalam pilihan raya negeri akan datang.

โ€œMendapatkan pengaruh politik sebegini adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan melulu apabila dakwaan yang tidak berasas dan tidak wujud itu boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat,โ€ katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Semalam, Guan Eng menyifatkan dakwaan Muhammad Sanusi itu jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan dan menjejaskan perpaduan negara.

Katanya, Perlembagaan Persekutuan memberikanย  keabsahan kepada kedudukan Pulau Pinang sebagai salah satu daripada 13 negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Katanya, ini boleh dilihat dan dibuktikan melalui Jalur Gemilang yang mempunyai bintang pecah 14 dan 14 jalur yang melambangkan 13 negeri termasuk Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

“Jata Negara Malaysia ada imej pokok pinang dan jambatan Pulau Pinang yang mewakili negeri. Selain itu, Pulau Pinang dan Kedah sudah mewartakan enakmen negeri yang meletakkan sempadan negeri di “garis pusat” Sungai Muda pada 1985.

“Enakmen ini menyatakan sebahagian daripada Sungai Muda dimiliki oleh Pulau Pinang, maka Pulau Pinang berhak untuk menimba air dari Sungai Muda.

Malah, ada batu penanda sempadan di Pinang Tunggal yang bertujuan membahagikan kawasan antara Kedah dan Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Guan Eng berkata, sebagai seorang Menteri Besar, Muhammad Sanusi dilihat tidak meneliti, tidak mendengar dan tidak ambil peduli fakta sebenar.

Katanya, dalam keadaan sedar, beliau membuat kenyataan bahawa “Pulau Pinang masih hak Kedah”, membayangkan dasar Pas kini adalah untuk meletakkan Pulau Pinang di bawah negeri Kedah.

“Dengan pendirian sedemikian, kenapa Pas masih nak tanding di Pulau Pinang, dan bagaimana Pas boleh mewakili rakyat Pulau Pinang?

“Kita juga mahu tahu adakah Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pas di Pulau Pinang dan rakan sekutu Perikatan Nasional (PN) iaitu Bersatu dan Gerakan akan bangun mempertahankan kedaulatan Pulau Pinang dan hak anak negeri Pulau Pinang, menentang kenyataan Sanusi, dan meminta beliau minta maaf kepada rakyat Pulau Pinang,” katanya.

Related posts

Leave a Comment