PUTRAJAYA 26 April – Pendaftaran kemasukan kanak-kanak Tahun Satu bagi kalendar akademik sesi 2024/2025 bermula 2 Mei hingga 30 Jun ini.
Pendaftaran secara dalam talian itu boleh dibuat melalui Modul Pengurusan Awam Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di laman sesawang https://idme.moe.gov.my.
Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi hantaran di Facebook hari ini memaklumkan kanak-kanak yang layak memohon adalah warga Malaysia yang lahir dari 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.
Ibu bapa atau penjaga boleh mengikuti langkah-langkah pendaftaran yang turut dikongsikan dalam hantaran itu.
