1,381 kemalangan babitkan 2,072 kenderaan

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman melaporkan sebanyak 1,381 kemalangan membabitkan 2,072 kenderaan pelbagai jenis pada hari keempat Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam. Menerusi hantaran di laman di Facebooknya, JSPT memaklumkan kereta mencatat angka tertinggi kemalangan iaitu 1,528 atau 73.7 peratus daripada keseluruhan kes yang direkodkan semalam, Ahad. “Ia diikuti motosikal (256), kenderaan pacuan empat roda (122), kenderaan pelbagai guna (102 kes), van (43), lori (13), bas (lima) dan tiga kes kemalangan membabitkan teksi,” menurut hantaran itu. JSPT turut menasihatkan pengguna jalan raya untuk…

Read More

Laporan mengarut, tidak berasas – Ka Siong

KUALA LUMPUR 24 April – Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong membidas laporan sebuah portal berbahasa Inggeris yang menyatakan ahli Parlimen MCA antara 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terbabit dalam komplot mengguling kerajaan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, dakwaan itu berdasarkan sumber maklumat yang tidak berasas dan tanpa disertakan bukti kukuh. “Selaku Presiden MCA saya memandang berat perkara ini, media sepatutnya mendapatkan maklumat yang sudah disemak. “Kita sendiri tidak tahu mengenai usaha dan percubaan ini (menggulingkan kerajaan) dan macam mana nama kami, saya dan Datuk Seri…

Read More

6 kes baharu Arcturus di Lembah Klang

PUTRAJAYA 24 April  – Enam kes varian baharu Covid-19 XBB1.16 atau Arcturus dikesan di Lembah Klang, menjadikan jumlah kes dijangkiti meningkat kepada 12 setakat ini, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. Daripada jumlah itu, empat kes baharu bagi varian itu dikesan di Selangor manakala dua lagi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bagaimanapun, katanya dalam satu kenyataan hari ini, individu yang dijangkiti Arcturus yang juga subvarian kepada Omicron itu hanya mengalami gejala ringan dan dilaporkan stabil. “Penilaian peringkat global melaporkan, risiko jangkitan dan keterukan kes yang disebabkan subvarian XBB1.16 adalah lebih…

Read More

“Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina”

KENAPA Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani, hanya diadakan di Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Selangor? Tidak Madanikah Perlis, Perak, Melaka, Pahang, Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan? Jika wartawan bertanyakan soalan ini, tentulah dianggap sebagai soalan bodoh tetapi wartawan tidak mungkin bertanyakan soalan sebegitu kecuali jika mahu pengesahan daripada menteri yang bertanggungjawab. Kata orang lama “Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betina” atau “Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula,”.  Begitu juga “Kalau tidak ada-berada takkan tempua bersarang rendah” atau “Bagai kelip-kelip terbang malam”. Jawapan…

Read More

Pencemaran punca kematian pramatang

COPENHAGEN: Agensi Alam Sekitar Eropah (EEA) mendedahkan pencemaran udara terus menjadi punca lebih 1,200 kematian pramatang setahun yang direkodkan dalam golongan berumur bawah 18 tahun di seluruh Eropah. Selain itu, menurut agensi itu, ia turut meningkatkan risiko penyakit kronik pada kemudian hari. Meskipun ada penambahbaikan sejak kebelakangan ini, pencemar udara utama di banyak negara Eropah masih melepasi paras ditetapkan dalam garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), terutama di tengah-timur Eropah dan Itali. Perkara itu ditekankan EEA selepas kajian dilakukan di lebih 30 negara, termasuk 27 negara anggota EU. Bagaimanapun, laporan itu…

Read More

Agihan kerusi PN selesai 90 peratus

MARANG 24 April – Agihan kerusi dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah selesai kira-kira 85 hingga 90 peratus, kata Naib Presiden Pas, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Beliau berkata persetujuan itu dicapai selepas rundingan diadakan antara kepimpinan Pas, Bersatu dan Gerakan yang mengambil kira pelbagai faktor termasuk ‘status quo’, jentera di satu-satu tempat dan calon berpotensi. Menteri Besar itu berkata, setakat ini hanya tinggal satu atau dua kerusi di setiap negeri yang keputusannya perlu dibuat kepimpinan tertinggi parti. “Paling penting apabila kita bincang dengan rakan Bersatu…

Read More