Sekali lagi PM Singapura postif Covid-19

SINGAPURA 1 Jun –  Perdana Menteri Lee Hsien Loong, sekali lagi diuji positif Covid-19 selang beberapa hari bebas daripada jangkitan penyakit itu.

Melalui catatan di Facebooknya, Lee berkata doktor memberitahunya sebagai “post Covid rebound”, iaitu kembali terjangkit dalam tempoh singkat.

“Saya berasa baik-baik sahaja tetapi malangnya, saya diuji positif Covid-19 sekali lagi, doktor-doktor saya berkata, ia “post Covid rebound” yang berlaku antara 5 hingga 10 peratus kes,” katanya.

Menurut Lee, beliau “masih boleh menjangkiti orang lain tetapi risikonya tidak tinggi berbanding jangkitan pertama” dan doktor menasihatinya supaya mengasingkan diri sehingga beliau diuji negatif ART.

Berikutan itu, Lee memohon maaf kerana tidak dapat menghadiri satu majlis keagamaan di Kuil Sri Thendayuthapani pagi ini.

“Saya memohon maaf kepada pihak penganjur dan semua tetamu bagi acara itu. Semoga acara berjalan lancar dan semua dapat meraikannya dengan meriah!”, kata  Lee.

Beliau diuji positif Covid-19 buat kali pertama pada 22 Mei menyusuli lawatannya ke Afrika Selatan dan Kenya.

Related posts

Leave a Comment