Sub varian XBB.1.16 menular – CDC

LOS ANGELES: Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) Amerika Syarikat (AS) merekodkan sub varian baharu Omicron kini sedang menular di negara itu dan menyumbang hampir 10 peratus daripada kes Covid-19 baharu mingguan

Sub varian XBB.1.16, yang dirujuk sebagai ‘arcturus’, kini tersenarai dalam penjejak varian oleh CDC.

Berikutan itu, pakar memberi amaran, peratusan kes bawaan subvarian itu dijangka meningkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan mungkin menjadi strain coronavirus dominan seterusnya di negara itu.

Data CDC menunjukkan, subvarian Omicron XBB.1.5 yang sangat mudah menular kekal sebagai strain dominan di AS dan menyumbang kira-kira 73.6 peratus kes baharu Covid-19 minggu ini.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang memantau XBB.1.16, yang menyumbang kepada lonjakan kes Covid-19, baru-baru ini di India.

Related posts

Leave a Comment