PEMIMPIN-pemimpin dunia turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam, yang mula meraikannya sama ada pada Jumaat atau Sabtu Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan isteri Jill Biden mengucapkan tahniah kepada umat Islam di seluruh dunia yang menyambut Aidilfitri, menandakan berakhirnya bulan Ramadan. “Saya dan Jill ingin mengucapkan tahniah kepada masyarakat Islam di Amerika Syarikat dan seluruh dunia yang menyambut Aidilfitri dan melabuhkan tirai Ramadan. “Sementara kita menyambut keberkatan hari raya ini, marilah kita juga kembali komited kepada kerja abadi membina keamanan dan mempertahankan hak dan maruah semua,”…
Read MoreDay: April 22, 2023
Sultan Johor terima tetamu Singapura
JOHOR BAHRU 22 April – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah menerima kunjungan dua menteri Singapura sempena sambutan Aidilftri di Istana Bukit Serene di sini, hari ini. Menerusi hantaran pada Facebook rasmi baginda hari ini, mereka ialah Menteri Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura, Grace Fu dan Menteri Tenaga Manusia serta Menteri Kedua bagi Perdagangan dan Industri Singapura, Dr Tan See Leng. Turut berangkat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam. Berangkat…
Read MoreSub varian XBB.1.16 menular – CDC
LOS ANGELES: Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan (CDC) Amerika Syarikat (AS) merekodkan sub varian baharu Omicron kini sedang menular di negara itu dan menyumbang hampir 10 peratus daripada kes Covid-19 baharu mingguan Sub varian XBB.1.16, yang dirujuk sebagai ‘arcturus’, kini tersenarai dalam penjejak varian oleh CDC. Berikutan itu, pakar memberi amaran, peratusan kes bawaan subvarian itu dijangka meningkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan mungkin menjadi strain coronavirus dominan seterusnya di negara itu. Data CDC menunjukkan, subvarian Omicron XBB.1.5 yang sangat mudah menular kekal sebagai strain dominan di AS…
Read MoreRamah Mesra Aidilfitri di Istana Negara
KUALA LUMPUR 22 April – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri di sini, hari ini. Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua di Dewan Santapan Utama, Istana Negara kira-kira pukul 10.10 pagi diiringi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Antara menteri yang hadir ialah Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Menteri Pengangkutan…
Read MoreJokowi solat Aidilfitri di Solo
PRESIDEN Joko Widodo dan Ibu Negara, Iriana Jokowi, menunaikan solat Aidilfitri tahun ini di Masjid Raya Sheikh Zayed, Kota Surakarta bersama ribuan jemaah warga Solo dan sekitarnya. Melalui catatan di Facebooknya, Jokowi memberitahu, solat Aidilfitri itu dipimpin imam K.H. Agus Ma’arif. “Selepas salat, khatib K.H. Abdul Karim Al-Hafidz menyampaikan khutbah mengenai semangat Idulfitri untuk memperkuat tali silaturahmi, bahwa ibadah zakat fitrah dan puasa pada bulan Ramadan memiliki dimensi sosial dan mampu memperkuat persaudaraan antara masyarakat,” katanya.
Read MoreRaya: Jangan lalai tanggungjawab Islam
BANDAR SERI BEGAWAN 22 April – Sultan Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah mengingatkan umat Islam di negara itu supaya tidak lalai atau asyik menyambut Hari Raya Aidilfitri sehingga terjebak kepada dosa. Baginda bertitah, sambutan hari raya masih terikat kepada agama terutama kewajipan sembahyang. “Ketika berhari raya, kita tidak boleh meninggalkan atau terlepas dari kewajipan sembahyang, ketika berhari raya kita juga tidak boleh terlalu lalai atau asyik sehingga terjebak kepada dosa,” titah baginda. Baginda bertitah demikian dalam Titah Perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1444H / 2023M di Istana Nurul…
Read MoreTV3 batalkan takbir raya PN
PERIKATAN Nasional (PN) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia, berikutan takbir raya PN yang sepatutnya disiarkan TV3 malam tadi telah dibatalkan pada saat-saat akhir. Melalui Facebook Pengerusi PN Muhyiddin Yassin hari ini, PN memaklumkan, mengikut jadual, takbir raya itu sepatutnya disiarkan pada pukul 10.20 malam tetapi pada pukul 10.11 malam, kurang 10 minit daripada siaran, pihak TV3 memaklumkan pembatalan tersebut secara rasmi. Walau bagaimanapun, takbir raya PN yang dipimpin oleh Muhyiddin boleh diikuti di Facebook PN.
Read MoreSolat Aidilfitri di Masjid Negara
KUALA LUMPUR 22 April – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara, hari ini. Ini kali kedua Yang di-Pertuan Agong menunaikan solat sunat itu di luar dari Istana Negar Tahun lalu, Seri Paduka menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan setelah dua tahun baginda melakukannya di Istana Negara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. Pasangan diraja itu berangkat tiba di masjid berkenaan pada pukul 8.15 pagi diiringi…
Read MoreBerita pilihan
PM ajak rakyat garap semangat perpaduan
KUALA LUMPUR 22 April – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengajak rakyat menggarap semangat perpaduan, pengorbanan, daya juang, bersikap ihsan dan rahmah, bagi membantu golongan susah dan terpinggir. Katanya, nilai-nilai yang disyorkan itu perlu ditingkatkan untuk melakukan kebaikan kepada masyarakat tanpa mengira kaum. “Kita telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa pada bulan Ramadan Mubarak dan kini kita bakal menyambut Aidilfitri sesuai dengan tradisi dan budaya yang dipupuk oleh Islam iaitu kesederhanaannya, silaturrahimnya serta mesti pertahankan tingkatan amal dan kebersihan jiwa yang cuba kita lakukan di bulan Ramadan. “Saya juga ingin mengesyorkan semangat…
Read More