Jadual perjalanan LPT1

KUALA LUMPUR 15 April – Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad mengeluarkan cadangan waktu perjalanan untuk pengguna lebuh raya laluan Pantai Timur bagi tempoh 19 April hingga 1 Mei.

Dalam kenyataannya, langkah itu berikutan beberapa cuti umum iaitu cuti Aidilfitri yang bersambung dengan cuti persekolahan serta cuti umum Hari Pekerja dengan jangkaan aliran trafik meningkat kepada tiga juta kenderaan.

ANIH memaklumkan, jumlah trafik ke Pantai Timur akan mengalami peningkatan bermula dari 19 hingga 21 April 2023 manakala kesesakan trafik menghala ke Kuala Lumpur pula dijangka bermula dari 24 dan 30 April sehingga 1 Mei 2023.

Syarikat pengendali lebuh raya itu juga memaklumkan penambahan sehingga 30 peratus bilangan kakitangan sokongan di plaza tol serta menempatkan lebih 140 anggota Rela di beberapa kawasan strategik di sepanjang lebuh raya dalam usaha mengurangkan kesesakan pada musim perayaan ini.

Related posts

Leave a Comment