34,643 pencarum KWSP layak FSA2

KUALA LUMPUR 15 April – Hampir separuh daripada 74,392 permohonan yang diterima di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), layak mendapatkan kemudahan itu. KWSP memberitahu, sebanyak 34,643 pemohon layak, mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang mengambil bahagian, iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan jumlah RM722 juta, setakat semalam. Fasiliti ini disediakan bagi membolehkan ahli KWSP membuat permohonan awal di bawah Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau Umur 55 Tahun. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Amir Hamzah Azizan berkata, jumlah kelayakan untuk pembiayaan…

Read More

Jadual perjalanan LPT1

KUALA LUMPUR 15 April – Pengendali Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad mengeluarkan cadangan waktu perjalanan untuk pengguna lebuh raya laluan Pantai Timur bagi tempoh 19 April hingga 1 Mei. Dalam kenyataannya, langkah itu berikutan beberapa cuti umum iaitu cuti Aidilfitri yang bersambung dengan cuti persekolahan serta cuti umum Hari Pekerja dengan jangkaan aliran trafik meningkat kepada tiga juta kenderaan. ANIH memaklumkan, jumlah trafik ke Pantai Timur akan mengalami peningkatan bermula dari 19 hingga 21 April 2023 manakala kesesakan trafik menghala ke Kuala…

Read More