PAU 2023 menjelang PRN enam negeri

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2023 akan berlangsung lebih awal berbanding kebiasaan iaitu dari 7 hingga 10 Jun depan, sebelum jentera parti turun berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pada 14 Mei ini pula akan adakan konvensyen parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) “Kita juga akan sama-sama dengan parti lain bergerak bukan sahaja untuk PRN di…

Read More

MKT mohon pengampunan penuh Najib

KUALA LUMPUR 7 April – Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO hari ini, memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri, Najib Razak. Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ia sebagaimana kuasa yang diperuntukkan mengikut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu MKT dalam mesyuarat hari ini sebulat suara bersetuju untuk memohon menghadap bagi mempersembahkan warkah rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong berserta memorandum yang ditandatangani seluruh kepemimpinan UMNO daripada 191 Bahagian termasuk Wanita dan sayap Pergerakan Pemuda serta…

Read More

Elak sikap berpuak dalam masjid

KEPALA BATAS 8 April – Umat Islam perlu mempunyai keinginan untuk bersatu walaupun berbeza pandangan kerana inilah sifat yang boleh memajukan diri, negeri dan negara. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah umat Islam tidak boleh terlalu taksub dengan pandangan masing-masing dan mengamalkan sikap berpuak-puak dalam masjid. “Ini adalah satu fenomena yang kurang sihat dan tidak sihat langsung,” titah Seri Paduka pada majlis Pemasyhuran Masjid Jamek Ar Rahmani Kampung Banggol, di sini hari ini. Al-Sultan Abdullah bertitah institusi masjid harus dipertahankan daripada menjadi gelanggang politik mana-mana pihak…

Read More

Bergambar di Jambatan Kedua Pulau Pinang

DALAM perjalanan ke Seberang Perai hari ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah singgah bergambar di mercu Jambatan Kedua Pulau Pinang. Baginda berdua dalam perjalanan berangkat ke daerah Kepala Batas, Pulau Pinang di mana Yang di-Pertuan Agong menyempurnakan majlis perasmian Masjid Jamek Ar-Rahmani, Kampung Banggol, Kepala Batas. Manakala Raja Permaisuri Agong pula menyempurnakan majlis pengurniaan sumbangan kepada penghuni Pusat Jagaan Darul Hanan, Kepala Batas. Seri Paduka Baginda berdua berada di Pulau Pinang dalam lawatan tiga hari, bermula semalam,…

Read More

Dakwaan jual beli organ sesuatu amat serius

PUTRAJAYA 7/April –  Sebarang dakwaan mengenai wujudnya aktiviti jual beli organ di negara ini perlu dianggap sebagai sesuatu yang amat serius oleh semua pihak, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau berkata, kewujudan aktiviti itu jika berlaku adalah satu eksploitasi terhadap golongan tertentu dan bercanggah dengan etika perubatan. Justeru katanya, jika terdapat aktiviti membabitkan pemerdagangan orang untuk tujuan jual beli organ, ia perlu disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007. “Pihak berkuasa boleh menggunakan peruntukan sedia ada di bawah akta itu untuk mengambil…

Read More

Produk Koselugo Hard Capsules lulus

PUTRAJAYA 7 April – Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-383, semalam bersetuju memberikan kelulusan kepada produk yang telah diberikan status ‘Orphan Medicine’ iaitu Koselugo Hard Capsules 10 miligram (mg) dan 25 mg bagi rawatan penyakit jarang jumpa, neurofibromatosis jenis 1 (NF1). Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kedua-dua produk berkenaan, Koselugo Hard Capsules 10mg dan Koselugo Hard Capsules 25mg, masing-masing mengandungi bahan aktif Selumetinib 10 mg dan 25mg, yang didaftarkan AstraZeneca Sdn Bhd. Indikasi produk yang dikilangkan oleh Patheon Pharmaceuticals Inc, Amerika Syarikat (AS) itu adalah…

Read More

Masjid Nabawi terima 10.3 juta jemaah

MADINAH : Masjid Nabawi di Madinah menyambut kira-kira 10.3 juta jemaah sepanjang 10 hari pertama Ramadan dan menyediakan 2.3 juta hidangan berbuka puasa untuk jemaah termasuk satu juta botol air Zamzam. Menurut laporan media, Masjid Nabawi menerima pengunjung dan jemaah 24 jam sehari, selain membenarkan jemaah berada di atas bumbung masjid berikutan jumlah pengunjung dan jemaah yang padat. Kawasan dataran barat baharu juga akan dibuka sekiranya kapasiti Masjid Nabawi sudah penuh. Pihak berkuasa turut menyediakan permaidani di seluruh kawasan dalam Masjid Nabawi, termasuk di halaman dan di atas bumbung serta…

Read More

Lee sertai majlis buka puasa

SINGAPURA 7 April –  Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyertai majlis berbuka puasa bersama 300 jemaah di Masjid Al-Khair , Teck Whye Crescent semalam. Sepanjang lebih sejam di masjid, beliau sempat beramah mesra dengan para relawan masjid yang bertungkus lumus menyiapkan juadah berbuka. Menurut Lee, perpaduan masyarakat Islam membuat persiapan bagi aktiviti Ramadan sangat menyerlah dan membawa kegembiraan bagi sesiapa pun yang memerhatikannya. “Ia merupakan masa yang sibuk bagi semua. Ini termasuk kakitangan dan sukarelawan masjid yang menyediakan dan mengedarkan bubur, menyiapkan juadah berbuka puasa, membuat persiapan bagi solat,” katanya…

Read More