Aspek keberkatan fokus Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR 13 Mac –  Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki akan membantu agensi itu beralih kepada pembiayaan yang lebih cekap, tidak membabitkan kos yang tinggi dan menepati kehendak syariah. Beliau yang baharu dilantik ke jawatan itu berkata, aspek keberkatan dalam pembiayaan yang disediakan oleh Mara akan menjadi fokus utama. Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia itu berkata, antara pembaharuan yang akan dilakukan itu termasuklah memastikan pembiayaan Mara yang digunakan untuk penciptaan kekayaan Bumiputera, bebas daripada riba. “Memandangkan sektor ini (Sektor Pembangunan Usahawan) amat penting dalam penciptaan…

Read More

Pimpinan Wanita kekal, Pemuda, Puteri muka baharu

KUALA LUMPUR 13 Mac – Keputusan rasmi pemilihan sayap UMNO 2023 menyaksikan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO masing-masing diterajui muka baharu, manakala Wanita UMNO kekal dengan penyandangnya. Muka baharu bagi Pemuda dan Puteri itu berikutan Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Zahida Zarikh Khan tidak bertanding mempertahankan jawatan masing-masing. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) 2023, Shahrir Samad, berkata Ahli Parlimen Parit Sulong, Dr Noraini Ahmad mempertahankan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO bagi penggal 2023-2026 selepas memperoleh 112 undi daripada bahagian. Jawatan Naib Ketua Wanita UMNO turut kekal kepada penyandang iaitu Ketua…

Read More

Mohd Hairi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia

KUALA LUMPUR 13 Mac – Exco Kerajaan Negeri Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin Mohd Hairi Mad Shah dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia selepas persaingan sengit dengan Ikmal Hazlan Ikmal Hisham. Mohd Hairi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, akan bergandingan dengan Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baharu dipilih, Dr Muhamad Akmal Saleh, yang juga Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Merlimau, Melaka. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Tan Sri Shahrir Samad mengumumkan kemenangan Mohd Hairi dalam satu sidang media hari ini. Menerusi hantaran di Facebooknya,…

Read More

Bangkitkan semangat ‘merah jambu’

KUALA LUMPUR 13 Mac – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd Fauzi mengajak seluruh anggota Puteri membangkitkan ‘semangat merah jambu’ untuk menuju ke arah kejayaan yang lebih bermakna. “Ayuh barisan Puteri, sama-sama kita bangkitkan semangat merah jambu ke arah kejayaan yang lebih bermakna demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Along. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada para perwakilan yang telah memberikan kepercayaan dan sokongan untuk beliau memimpin sayap tersebut. “Sesungguhnya mandat yang diberikan ini merupakan amanah dan…

Read More

Jangan jadikan masjid, surau pentas politik, PRN

SHAH ALAM 13 Mac – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mengulangi ingatan kepada semua wakil rakyat (ahli yang berhormat) agar tidak menjadikan masjid dan surau di negeri ini sebagai medan dan propaganda politik kepartian. Titah baginda, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) diminta supaya berterusan mengeluarkan arahan dari semasa ke semasa berhubung perkara itu. Justeru, baginda menitahkan semua pihak yang mengambil bahagian dalam pilihan raya negeri agar mematuhi peraturan sedia ada dan saling hormat menghormati satu sama lain. “Ingatlah, tingkah laku orang-orang…

Read More

Muhyiddin hadapi pertuduhan ketujuh

SHAH ALAM 13 Mac – Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas satu pertuduhan terbabit aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta, awal tahun lalu. Bagaimanapun, Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin, 76, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rozilah Salleh. “Saya faham dan mengaku tidak bersalah,” kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan bekas Perdana Menteri itu. Mengikut pertuduhan, Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang…

Read More

Mangsa banjir di Johor turun

JOHOR BAHRU 13 Mac – Jumlah mangsa banjir di Johor terus mencatatkan penurunan kepada 40,846 orang daripada 11,496 keluarga setakat pukul 8 pagi ini berbanding 41,661 orang daripada 11,664 keluarga pada pukul 8 malam tadi. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor,  Dr Azmi Rohani dalam satu kenyataan berkata semua mangsa banjir itu kini ditempatkan di 139 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah yang masih terjejas. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor berkata, sehingga pagi ini sebanyak tiga PPS ditutup dengan Batu Pahat, Muar, Tangkak dan Segamat masih…

Read More