Pimpinan Wanita kekal, Pemuda, Puteri muka baharu

KUALA LUMPUR 13 Mac – Keputusan rasmi pemilihan sayap UMNO 2023 menyaksikan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO masing-masing diterajui muka baharu, manakala Wanita UMNO kekal dengan penyandangnya.

Muka baharu bagi Pemuda dan Puteri itu berikutan Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Zahida Zarikh Khan tidak bertanding mempertahankan jawatan masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) 2023, Shahrir Samad, berkata Ahli Parlimen Parit Sulong, Dr Noraini Ahmad mempertahankan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO bagi penggal 2023-2026 selepas memperoleh 112 undi daripada bahagian.

Jawatan Naib Ketua Wanita UMNO turut kekal kepada penyandang iaitu Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Norliza Abdul Rahim, yang memperoleh 123 undi.

Manakala jawatan Ketua Pemuda UMNO dimenangi Dr. Mohamad Akmal Salleh yang memperoleh 122 undi manakala Naib Ketua Pemuda UMNO dimenangi Mohd Hairi Mad Shah mendapat 87 undi.

Bercakap pada sidang media di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini, beliau berkata,

jawatan Ketua Puteri dimenangi bekas Naib Ketuanya, Nurul Amal Mohd Fauzi dengan 89 undi dan Naib Ketua disandang Siti Sokhleha Nordin yang memperoleh 115 undi.

Nurul Amal menewaskan lima pesaing iaitu Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar; Exco Puteri UMNO, Dr Masliha Harun; Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin; EXCO Puteri UMNO, Fadwah Anuwar dan Setiausaha Puteri UMNO, Nurul Hazwani Haslan.

Shahrir berkata, sebanyak 188 bahagian Wanita dan Puteri UMNO bersidang pada pemilihan kali ini manakala Pemuda membabitkan 187 bahagian.

Berikut senarai penuh pemenang bagi pemilihan sayap UMNO 2023 ;-

WANITA UMNO (188 Bahagian bersidang)

Ketua: Datuk Seri Dr Noraini Ahmad

Naib Ketua: Datuk Norliza Abd Rahim

EXCO:

1. Naszriah Ngasri

2. Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid

3. Wan Mohalina Wan Mohamad

4. Haryaty Hamzah

5. Lateffah Aliyaru Kunju

6. Hisham Suhaily Othman

7. Azizah Harun

8. Madihah Abd Aziz

9. Hasrunizah Hasan

10. Shamsidar Amir

11. Datuk Halimah Mohamad Sadique

12. Jumaeah Masdi

13. Maizatulluiman Othman

14. Haslinda Salleh

15. Musliati Moslimin

16. Zalina Abdol Majid

17. Waheeda Faruz Telahah

18. Wan Noorashikin Wan Noordin

19. Latipah Omar

20. Roslin Abdul Rahman

PEMUDA UMNO (187 Bahagian bersidang)

Ketua: Dr Mohamad Akmal Salleh

Naib Ketua: Mohd Hairi Mad Shah

EXCO

1. Mohd Haffiz Arifin

2. Mohd Khairul Azman Abdul Azez

3. Fikhran Hamsi Fathmi

4. Shah Zanuriman Nuar Paras Khan

5. Fadzmel Mad Fadzil

6. Datuk Shahrul Nasrun Kamaruddin

7. Mohd Kamal Ulum Morsin

8. Mohd Shauqi Ibnihajar Ahmad

9. Mohamad Solehin Mohamad Tajie

10. Ahmad Zaim Ahmad Taufik

11. Mohamad Aliff Hilmi

12. Aizat Reko

13. Mohd Rafiq Mohd

14. Muhamad Saifullah Ali

15. Mohd Asyraf Zainal

16. Hasry Sham Chasmen

17. Mohd Saiful Mat Safri

18. Mohd Fadini Rahim

19. Aznan Tamin

20. Md Jamil Pauzi

PUTERI UMNO (189 Bahagian bersidang)

Ketua Puteri: Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi

Naib Ketua: Siti Sokhleha Nordin

EXCO:

1. Nurul Syifaa Mohd Ridzwan Goh

2. Juliana Engku Mokhtar

3. Nooryana Najib

4. Nik Zakirah

5. Nurfazreen Elyana Muhamad Zailan

6. Shaninah Sani

7. Cik Sha

8. Shida

9. Haryani Sukarman

10. Rina Awliyatul Imani

11. Hasnor Hafiza Husin

12. Dayang Nurfazlin Nordin

13. Nor Zakiah Azmi

14. Nur Sabrina Sukardi

15. Raja Sarah Raja Petra

16. Nurdiyana Musfirah Hadhri

17. Nor Akmal Mohamad

18. Iqa

19. Nur Arina Kamaruzaman

20. Wan Nurulhuda Wan Ikmal Hisham

Related posts

Leave a Comment