Noraini kekal Ketua Wanita UMNO

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Parit Sulong,  Dr Noraini Ahmad dijangka mempertahan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO selepas mendahului Shahrizat Abdul Jalil dengan 106 undi daripada 189 bahagian.

Ini berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diterima awal pagi ini, selepas pemilihan berlangsung semalam

Saingan bagi kerusi Ketua Wanita UMNO pada pemilihan kali ini, menyaksikan kedua-dua pemimpin terbabit saling kejar mengejar dalam jumlah undi yang diterima mereka daripada peringkat bahagian.

Shahrizat, 70, yang bersara daripada politik selepas 11 tahun menerajui Wanita UMNO pada 2018, memutuskan kembali ke gelanggang selepas mendakwa mendapat permintaan daripada kalangan pemimpin akar umbi.

Related posts

Leave a Comment