KWSP disaran wujud skim pinjaman khas

KUALA LUMPUR 10 Mac – Parti Gerakan mencadangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mewujudkan skim pinjaman khas untuk ahlinya yang menghadapi masalah kewangan, kata Presidennya, Dr Dominic Lau Hoe Chai. Beliau berkata, KWSP boleh mengenakan kadar faedah lebih rendah kepada peminjam dalam skim itu berbanding bank. “Jika membuat pinjaman daripada bank, ia akan memberi lebih masalah kepada ahli KWSP kerana terpaksa membayar kadar faedah yang tinggi,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, KWSP dapat memberi faedah kepada pencarum dalam bentuk dividen termasuk kepada ahli yang membuat pinjaman. Dengan cara…

Read More

Tiada campur tangan siasat Jana Wibawa

PUTRAJAYA 10 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan bahawa siasatan terhadap beberapa individu berhubung kes Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa), dilakukan secara bebas tanpa campur tangan mana-mana pihak. Dalam satu kenyataan, SPRM menjelaskan siasatan terbabit adalah berdasarkan bukti serta maklumat diperoleh agensi penguat kuasa itu sendiri. Menurut kenyataan itu, kertas siasatan yang dilengkapkan kemudian dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk kajian dan pertimbangan sewajarnya. “Proses siasatan itu adalah bebas daripada sebarang campur tangan mana-mana pihak. Justeru, tohmahan menyatakan siasatan SPRM dilakukan atas arahan pihak…

Read More

Pertuduhan bukan desakan pihak tertentu

KUALA LUMPUR 10 Mei – Keputusan mengenakan pertuduhan terhadap mana-mana individu, adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil penyiasatan, bukan disebabkan desakan pihak tertentu atau faktor lain, kata Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun. Katanya, keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) dibuat dengan adil berdasarkan keterangan dalam kertas siasatan, tanpa memihak kepada sesiapa. Beliau berkata, ia berlandaskan teras integriti bagi memastikan mangsa, saksi, tertuduh dan orang awam memperoleh keadilan sewajarnya, selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan bawah Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. Justeru AGC menafikan tohmahan wujudnya pendakwaan terpilih (selective prosecution),…

Read More

Keputusan dakwa dibuat lebih awal – Muhyiddin

KENYATAAN MEDIA YB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN 10 MAC 2023, JUMAAT PAGI tadi saya dihadapkan ke Mahkamah untuk menghadapi enam pertuduhan. Pada hari Isnin ini saya akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam untuk satu lagi pertuduhan. Pertuduhan ke atas saya dibuat di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 iaitu berkenaan tohmahan salah guna kuasa. Saya tidak didakwa atas kesalahan menerima rasuah bagi diri saya.   Ini kerana setelah siasatan dibuat, didapati tidak ada satu sen pun wang rakyat masuk ke poket saya…

Read More

Pemangsaan politik yang terancang

KUALA LUMPUR 10 Mac – Muhyiddin Yassin mempersoalkan bagaimana Jabatan Peguam Negara boleh membuat keputusan lebih awal untuk mendakwanya sedangkan beliau belum memberikan sebarang kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bekas perdana menteri yang juga Presiden Bersatu itu berkata, beliau mengetahui keputusan untuk mendakwa dirinya sudah diputuskan oleh kerajaan walaupun siasatan belum dilengkapkan. “Mereka hanya menggunakan agensi penguat kuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik. Jelas, pendakwaan ke atas saya adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang. “Saya sudah berkecimpung dalam politik selama 50 tahun dan sepanjang tempoh itu,…

Read More

Enam tuduhan, rasuah RM232.5 juta

KUALA LUMPUR 10 Mac – Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas enam pertuduhan, membabitkan empat kerana menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta. Bagaimanapun, Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin, 76, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi. “Mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata Pengerusi Perikatan (PN) dan bekas Perdana Menteri itu. Bagi pertuduhan pertama, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan, iaitu wang…

Read More

279 kes harian Covid-19, tiada kematian

PUTRAJAYA 10 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam terus menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 279 kes termasuk enam kes import berbanding 235 kes kelmarin. Menurut data portal KKMNow, jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 5,044,718 yang meliputi 5,006,005 kes tempatan dan 38,713 kes import. Jumlah kematian pula kekal 36,967 orang termasuk 7,877 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) berikutan tiada kes baharu dilaporkan kelmarin. Sementara itu, jumlah kes aktif naik sedikit kepada 9,296 berbanding 9,253 kelmarin, dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,964 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang…

Read More

KWSP cari kaedah cagaran pinjaman

KUALA LUMPUR 10 Mac – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang menilai dan memperincikan kaedah terbaik bagi membolehkan penggunaan baki caruman dalam Akaun 2 ahli KWSP sebagai cagaran membuat pinjaman peribadi. Dalam kenyataannya, KWSP ambil maklum mengenai pengumuman terkini oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam mengenai kemudahan berkenaan. “KWSP akan mempertimbangkan semua faktor yang relevan bagi memastikan pelaksanaan yang lancar. Maklumat lanjut mengenai pelaksanaan kemudahan ini akan diumumkan pada masa yang akan datang,” kata kenyataan itu. Anwar ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat semalam berkata kerajaan akan memperkenalkan…

Read More