KOTA KINABALU 8 Mac – Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mengetahui perkara berkaitan surat tular yang mendakwa keputusan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti adalah tidak sah. “Saya tidak mengetahui ada surat tular,” kata Presiden UMNO itu. Ahmad Zahid menyatakan demikian ketika ditemui pada Majlis Pengenalan Calon Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Exco Wanita UMNO dan Exco Pergerakan Puteri UMNO, di sini, malam ini. Terdahulu, surat dengan kepala surat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) itu didakwa diutuskan kepada Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan pada 2 Mac…
Read MoreDay: March 7, 2023
UMNO: Keliru ‘surat RoS’, kenyataan media KDN
KUALA LUMPUR: Walaupun Perikatan Nasional (PN) tidak ada kena mengena dengan Pemilihan UMNO 2023-2026 tetapi isu berkaitan pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden menarik perhatian Ketua Whip Parlimen PN, Takiyuddin Hassan. Isu itu timbul berikutan kewujudan satu surat yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung pemilihan UMNO yang bercanggah dengan kenyataan media oleh Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail hari ini. Takiyuddin (PN-Kota Bharu) mendakwa, surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung UMNO itu, antara lain menyatakan bahawa usul tambahan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang menghalang pertandingan jawatan…
Read MoreLarangan orang politik ceramah di masjid
IPOH 7 Mac – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengeluarkan arahan melarang individu yang berjawatan politik mengambil bahagian dalam aktiviti mengajar atau bersyarah di masjid dan surau berdaftar di bawah jabatan itu. Larangan itu meliputi wakil rakyat, Ahli Dewan Negara, calon bertanding dalam mana-mana pilihan raya, individu yang sudah bersara sebagai Ahli Dewan Negara serta wakil rakyat tetapi masih aktif dalam kegiatan politik. Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim, berkata peraturan itu terkandung dalam pekeliling Garis Panduan Larangan Mengajar serta Bersyarah di masjid dan surau JAIPk bertarikh 6 Mac 2023.…
Read MoreKalau selesai esok, lusa kita boleh lulus – Anwar
KUALA LUMPUR 7 Mac – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berjanji memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, sekiranya Perikatan Nasional (PN) dapat memulakan rundingan berhubung perkara itu dengan kerajaan. Justeru beliau mencadangkan proses rundingan diadakan dan akan menugaskan Ketua Whip dan menteri berkenaan berunding. “Kalau cepat selesai, cepat lulus. Kalau selesai esok, lusa kita boleh lulus,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini bagi menjawab soalan tambahan Shahidan Kassim (PN-Arau). Perdana Menteri menegaskan tidak pernah menolak permintaan pembangkang berhubung pemberian peruntukan, namun PN tidak pernah cuba memulakan…
Read MoreKDN sahkan tiada pertandingan utama UMNO
PUTRAJAYA 7 Mac – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian kepada UMNO berhubung usul tiada pertandingan bagi dua jawatan teratas parti berkenaan dalam pemilihan akan datang. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. “Kementerian telah meneliti mengenai ketetapan yang telah dibuat oleh Perhimpunan Agung UMNO 2022 daripada Setiausaha Agung UMNO pada 3 Mac 2023. “Merujuk kepada perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO, Kementerian berdasarkan seksyen 70, Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) telah memutuskan untuk memberikan pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 kepada…
Read More188 kes harian Covid-19, tiada kematian
PUTRAJAYA 7 Mac – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam mencatatkan sedikit peningkatan dengan merekodkan 188 kes termasuk tiga kes import berbanding 164 yang direkodkan kelmarin. Menurut data portal KKMNow, jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,043,978 yang meliputi 5,005,280 kes tempatan dan 38,698 kes import. Tiada kematian baharu direkodkan semalam menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini kekal 36,966 orang termasuk 7,876 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, jumlah kes aktif naik sedikit kepada 9,211 berbanding 9,204 kelmarin, dan daripada jumlah itu, sebanyak 8,884 kes atau 96.4 peratus…
Read MoreMangsa banjir di Johor berkurangan
JOHOR BAHRU 7 Mac – Jumlah mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 39,620 orang daripada 10,862 keluarga setakat pukul 8 pagi ini, berbanding 40,129 orang daripada 11,210 keluarga pada pukul 8 malam tadi. Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dr Azmi Rohani, berkata semua mangsa banjir itu kini ditempatkan di 210 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah yang terjejas banjir. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, berkata dua daerah terjejas mencatatkan peningkatan, empat berkurangan, manakala tiga lagi kekal. Batu Pahat dan Muar menunjukkan peningkatan jumlah mangsa banjir…
Read More