186 kes baharu Covid-19, satu kematian

PUTRAJAYA 20 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 semalam menunjukkan penurunan dengan merekodkan 181 kes tempatan dan lima kes import berbanding 212 termasuk satu kes import yang dilaporkan kelmarin.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,041,007 kes iaitu 5,002,349;kes tempatan dan 38,658 kes import.

Menurut data portal KKMNow, satu kematian baharu dilaporkan semalam dan jumlah kematian kini 36,956 orang termasuk 7,872 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID).

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,333, tambahan 27 kes berbanding 9,306 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,000 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit di pusat kuarantin (PKRC), manakala 326 pesakit atau 3.5 peratus mendapat rawatan di hospital, tujuh daripada pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana empat orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh yang sama, 158 lagi pesakit baharu dilaporkan sembuh semalam dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 4,994,718 orang.

Bagi kes harian negeri, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 78 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 33 kes.

Related posts

Leave a Comment