Belum ada sahkan bertanding Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Belum ada calon yang mengesahkan secara rasmi melalui borang pencalonan untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO menjelang tempoh akhir pencalonan  26 Februari ini walaupun sebelum ini terdapat beberapa nama yang sedia menawarkan diri. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Shahrir Samad, berkata belum ada lagi tokoh yang mendaftar untuk bertanding jawatan No. 3 parti itu kecuali 24 pencalonan untuk jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. Ketika ini tiga penyandang Naib Presiden adalah Ismail Sabri Yaakob,  Mahadzir Khalid dan Mohamed Khaled Nordin. Menurut Shahrir, setakat semalam, secara keseluruhan,…

Read More

KWSP: Shahidan kemuka usul tergempar

  KUALA LUMPUR: Shahidan Kassim (PN-Arau) hari ini mengemukakan usul tergempar meminta Dewan Rakyat membahaskan mengenai permohonan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar. Beliau mengemukakan usul itu mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 18(1), bagi meminta Dewan Rakyat membahas dan menggesa kerajaan segera meluluskan pengeluaran KWSP secara bersasar kepada rakyat yang terdesak. Sebelum itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, membuat keputusan ‘luar biasa’ membenarkan Shahidan membaca usul tergempar itu di Dewan Rakyat selepas usul itu ditolak. Johari memberi kebenaran untuk Shahidan membacakan usul itu kerana memahami isu yang…

Read More

Siasatan vandalisme sekolah selesai

BANGI 20 Feb. – Proses siasatan terhadap sekumpulan pelajar yang terbabit dalam aktiviti vandalisme di dalam bangunan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Seberang Perai Selatan sudah pun selesai, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksana program intervensi khususnya memberi khidmat kaunseling terhadap semua pelajar yang terbabit. “Kita sudah selesai siasatan dan kita sudah panggil kanak-kanak ini, ibu bapa mereka dan sudah melakukan pelbagai intervensi. Proses intervensi ini juga sudah dilakukan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan kaunseling juga sudah kita susuli. Lepas ini kita lihat…

Read More

KWSP: Kerajaan boleh cari inisiatif lain

SEPANG 20 Feb. -Kerajaan boleh mencari inisiatif lain bagi membantu rakyat tanpa mengeluarkan kali ketiga wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kata bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Katanya, ramai yang mahu mengeluarkan wang KWSP tetapi harus diingat bahawa simpanan itu adalah bagi menjamin masa depan persaraan pencarum. “Kerajaan perlu dengar rintihan rakyat, sekarang mereka tengah susah susulan inflasi, kenaikan barang dan sebagainya. Tanpa menjejaskan masa depan rakyat,” ujar beliau ketika bertugas sebagai DJ HotFM pagi ini. Khairy berpendapat, rakyat Malaysia perlu berpandangan jauh sebelum meminta pengeluaran KWSP buat…

Read More

186 kes baharu Covid-19, satu kematian

PUTRAJAYA 20 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 semalam menunjukkan penurunan dengan merekodkan 181 kes tempatan dan lima kes import berbanding 212 termasuk satu kes import yang dilaporkan kelmarin. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,041,007 kes iaitu 5,002,349;kes tempatan dan 38,658 kes import. Menurut data portal KKMNow, satu kematian baharu dilaporkan semalam dan jumlah kematian kini 36,956 orang termasuk 7,872 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID). Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,333, tambahan 27 kes berbanding 9,306 kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak…

Read More

Bas perantara KL Sentral – Parlimen

KUALA LUMPUR 20 Feb. –  Mulai hari ini, bas perantara percuma dari KL Sentral ke bangunan Parlimen memulakan operasi sepanjang persidangan Dewan Rakyat bagi mengurangkan kesesakan, serta memberi kemudahan kepada kakitangan Parlimen. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang melancarkan perkhidmatan itu di KL Sentral berkata, penyediaan bas itu juga, bagi menggalakkan orang ramai termasuk pengamal media dan Ahli Parlimen menggunakan pengangkutan awam. Katanya, setiap hari sekurang-kurangnya 2,000 kenderaan memasuki bangunan Parlimen dengan jumlah parkir yang disediakan hanya kurang 500 lot. “Ini memberi kesan kepada warga yang bertugas di Parlimen…

Read More