KUALA LUMPUR 16 Feb. – Selepas pendaftaran pemilihan UMNO dibuka mulai 13 Februari lalu, setakat ini, seramai 57 individu mengemukakan borang pencalonan bagi jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) Shahrir Samad, 57 calon yang mendaftar itu menawarkan diri untuk bertanding bagi 12 daripada 19 jawatan yang dipertandingkan. “Bagi MKT seramai 18 calon sudah pun mendaftar diri untuk bertanding bagi empat jawatan iaitu Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan jawatan-jawatan bagi 25 jawatan dalam MKT. “Empat belas calon sudah berdaftar…
Read MoreDay: February 16, 2023
Azeez pertahan jawatan, Nurulhidayah rebut Exco Wanita
KUALA LUMPUR 16 Feb. – Bekas Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Rahim dan anak sulung Presiden UMNO, Nurulhidayah Ahmad Zahid adalah antara individu yang mengemukakan borang pencalonan di Ibu Pejabat UMNO hari ini. Abdul Azeez akan mempertahankan jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Ketua UMNO Bahagian Baling manakala Nurulhidayah menawarkan diri untuk jawatan Exco Wanita UMNO Malaysia dan Ketua Wanita Bahagian Bagan Datuk. Turut menghantar borang pencalonan pada pemilihan UMNO kali ini adalah Penolong Setiausaha Puteri UMNO, Nurul Hazwani Haslan yang menawarkan diri untuk jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO yang…
Read More1.10 juta vaksin tamat tempoh
PUTRAJAYA: Sebanyak 1.10 juta vaksin sudah tamat tempoh antara satu hingga 212 hari membabitkan jenama Cansino, Comirnaty dan AstraZeneca, kata Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid. Beliau berkata setakat April 2022, Kementerian Kesihatan (KKM) membelanjakan RM4.462 bilion daripada RM5.577 bilion peruntukan bagi perolehan 75.88 juta dos vaksin terdiri daripada vaksin Comirnaty, AstraZeneca, CoronaVac dan Convidecia. Selain itu, bekalan vaksin turut diperoleh daripada kerajaan negeri, pembelian oleh pihak swasta dan sumbangan dari negara luar. Bercakap pada sidang media Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021, hari ini, beliau…
Read More“Yang Berhormat, macam mana zoo?”
KUALA LUMPUR 16 Feb. – “Yang Berhormat, macam mana zoo?”. Itu soalan dikemukakan kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Noor ketika beliau berkunjung ke restoran mamak semalam. Berkongsi pengalamannya ketika ke sebuah restoran semalam, beliau memberitahu adewan Rakyat terdapat individu yang melabelkan persidangan Parlimen sebagai ‘zoo’. “Semalam saya ke kedai mamak, ini berlaku, mereka mengenali saya (dan bertanya) YB, macam mana zoo? Saya terkejut. “Inilah tanggapan masyarakat di luar sana. Jadi saya ingatkan, berpeganglah pada etika dan budi pekerti,” katanya selepas sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan…
Read MoreBerita pilihan…
237 kes baharu Covid-19, satu kematian
PUTRAJAYA 15 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 menunjukkan sedikit peningkatan semalam dengan merekodkan 237 kes termasuk satu kes import berbanding 200 kes kelmarin. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,040,087 kes iaitu 5,001,437 kes tempatan dan 38,650 kes import. Menurut data portal KKMNow, satu kematian baharu dilaporkan iaitu kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,954 orang meninggal dunia termasuk 7,872 BID. Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,375 peningkatan 21 kes berbanding kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,050…
Read More‘Turkiye One Heart’ kumpul dana
ISTANBUL: Kempen ‘Turkiye One Heart’ bagi mengumpul derma untuk mangsa gempa bumi berjaya mengumpul hampir 100 bilion lira Turkiye (AS$5.3 bilion) atau RM23.3 bilion dalam tempoh dua jam setakat pukul 9.15 malam tadi waktu tempatan. Melalui siaran langsung bersama melalui 200 televisyen dan 500 saluran radio, pelbagai pihak syarikat, institusi, organisasi dan individu tampil membuat sumbangan kepada kempen berkenaan. Setakat ini, Bank Pusat Turkiye menyumbang derma tertinggi bernilai 30 bilion lira Turkiye (AS$1.6 bilion), diikuti pemberi pinjaman kerajaan Ziraat dengan 20 bilion lira (AS$1 bilion), Vakif dengan 12 bilion lira…
Read More