237 kes baharu Covid-19, satu kematian

PUTRAJAYA 15 Feb. –  Kes jangkitan harian Covid-19 menunjukkan sedikit peningkatan semalam dengan merekodkan 237 kes termasuk satu kes import berbanding 200 kes kelmarin.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,040,087 kes iaitu 5,001,437 kes tempatan dan 38,650 kes import.

Menurut data portal KKMNow, satu kematian baharu dilaporkan iaitu kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,954 orang meninggal dunia termasuk 7,872 BID.

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,375 peningkatan 21 kes berbanding kelmarin dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,050 kes atau 96.5 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit di pusat kuarantin (PKRC), manakala 317 pesakit atau 3.4 peratus mendapat rawatan di hospital, lapan daripada pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana empat orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh yang sama, 215 pesakit baharu dilaporkan sembuh semalam dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 4,993,758 orang.

Bagi kes harian negeri, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 79 kes termasuk satu kes import menjadikan jumlah keseluruhan 1,539,946 termasuk 9,568 kes import..

Related posts

Leave a Comment