Suara pemimpin jugok hok ada rego.
Read MoreDay: February 12, 2023
Ke mana Dr. Mahathir selepas Bersatu, Pejuang
APA pula strategi Dr. Mahathir Mohamad kali ini? Adakah ini pengakhiran politik bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu? Sudah dua kali Dr. Mahathir tidak kekal lama bersama parti yang diasaskannya selepas meninggalkan UMNO. Dr. Mahathir bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mulai September 2016 dan meletak jawatan pada 24 Februari 2020. Keahliannya digugurkan pada bulan Mei selepas tindakannya tidak mengiktiraf kerajaan Perikatan Nasional (PN). Beberapa bulan kemudian, pada Ogos 2020, Dr Mahathir menubuhkan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang),di mana beliau sebagai Pengerusi dan anaknya Mukhriz yang juga disingkirkan dari…
Read MoreNazri personaliti sesuai sebagai Duta AS
KUALA LUMPUR 12 Feb. – Timbalan Perdana Menteri, Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Mohamed Nazri Aziz adalah personaliti sesuai sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) dan diyakini mampu merapatkan hubungan antara kerajaan Malaysia dan AS. Katanya, bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu diberi tanggungjawab memperkukuh hubungan perniagaan-kepada-perniagaan (B2B), pembiayaan antara rakan setara (P2P) dan hubungan antara kerajaan (G2G) kedua-dua negara. Selain itu, katanya, Mohamed Nazri juga ditugaskan untuk mengatur pertemuan penting antara Anwar Ibrahim dengan pemimpin kerajaan AS dan pemain korporat utama apabila Perdana Menteri melawat negara itu…
Read MoreBN Malaysia sokong Kerajaan Perpaduan Sabah
KUALA LUMPUR 12 Feb. – Barisan Nasional (BN) Malaysia memberi sokongan dan mendokong Kerajaan Perpaduan Sabah pimpinan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah. Setiausaha Agung BN, Dr Zambry Abd Kadir, dalam satu kenyataan media berkata pendirian ini sejajar dengan ketetapan parti-parti di peringkat Persekutuan yang telahpun membentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia. Berikutan pendirian itu juga, BN Malaysia menamakan Yakub Khan selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah untuk mewakili UMNO dan BN Sabah dalam perundingan dengan Kerajaan Perpaduan Sabah. Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Bung Moktar Radin menarik balik…
Read MoreNurul Izzah bukan lagi penasihat Anwar
KUALA LUMPUR 12 Feb. – Nurul Izzah Anwar tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Anwar Ibrahim sebaliknya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang dipengerusikan Mohd Hassan Marican. Naib Presiden PKR itu berkata, Mohd Hassan telah mengundangnya untuk menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat. “Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini. Menerusi peranan baharu ini, saya tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Bekas Ahli Parlimen Permatang…
Read MoreBerita pilihan…
259 kes baharu Covid-19
PUTRAJAYA 12 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam meningkat sedikit dengan merekodkan 259 kes termasuk lima kes import berbanding 252 kelmarin menjadikan jumlah keseluruhan 5,039,326. Menurut data portal KKMNow, daripada jumlah keseluruhan itu, kes tempatan adalah 5,000,681 dan 38,645 kes import. Dalam tempoh yang sama, satu kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia setakat ini adalah 36,951 orang termasuk 7,871 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,599 berbanding dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,268 kes atau 96.6…
Read MoreLebih 24,000 korban gempa Turkiye, Syria
ISTANBUL: Angka kematian akibat gempa bumi di Turkiye dan Syria kini melebihi 24,000 orang dengan Turkiye, mencatatkan lebih 21,000 mangsa manakala di Syria sahaja, jumlah mangsa maut kini melebihi 3,500 orang. Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, berkata gempa kali ini adalah bencana terburuk dalam dekad ini, melepasi angka kematian gempa di Fukushima, Jepun pada tahun 2011 dan di utara Turkiye pada 1999. Menurut Erdogan, gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye minggu ini adalah tiga kali lebih kuat berbanding gempa bumi Marmara di barat laut negara itu yang berlaku pada…
Read More