259 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 12 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam meningkat sedikit dengan merekodkan 259 kes termasuk lima kes import berbanding 252 kelmarin

menjadikan jumlah keseluruhan 5,039,326.

Menurut data portal KKMNow,  daripada jumlah keseluruhan itu, kes tempatan adalah 5,000,681 dan 38,645 kes import.

Dalam tempoh yang sama, satu kematian baharu dilaporkan dan jumlah yang meninggal dunia setakat ini adalah 36,951 orang termasuk 7,871 kes di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID)

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan semalam adalah 9,599 berbanding dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,268 kes atau 96.6 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 320 pesakit atau 3.3 peratus mendapat rawatan di hospital, 11 daripada pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), di mana empat orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam tempoh yang sama, 390 pesakit baharu dilaporkan sembuh semalam dan ini menjadikan jumlah pesakit yang pulih setakat semalam meningkat kepada 4,992,776 orang.

Related posts

Leave a Comment