PUTRAJAYA: Sebanyak 8.7 juta golongan B40 akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima mulai esok 17 Januari ini. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dalam kenyataan berkata , pembayaran secara berperingkat itu melibatkan RM1.67 bilion. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penerima STR di kawasan pedalaman, termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran itu pada tarikh sama. “Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)…
Read MoreDay: January 16, 2023
Tabur wang’ dorong UMNO fail petisyen
KUALA LUMPUR 16 Jan. – Dakwaan berlaku rasuah mendorong UMNO Terengganu memfailkan petisyen pilihan raya bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Marang, Kuala Terengganu dan Kemaman. Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Ahmad Said, berkata petisyen pilihan raya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 3 Januari lalu. Beliau mendakwa, Pas menabur wang antara 15 hingga 17 November lalu iaitu dua hingga empat hari sebelum PRU15, dengan kebanyakan isi rumah menerima wang antara RM500 hingga RM1,000. Antara rasuah yang didakwa diagihkan semasa tempoh berkempen itu termasuklah wang…
Read MoreDr Akmal tawar diri tanding Ketua Pemuda
AYER KEROH 16 Jan. – Ketua Pemuda UMNO Jasin, Dr Muhamad Akmal Saleh bersedia menawarkan diri sebagai Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan parti akan datang, bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka itu berkata, hasrat berkenaan disuarakan perwakilan dari beberapa negeri, susulan hasrat Asyraf Wajdi itu ketika menggulung perbahasan sempena Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Khamis lalu. Katanya, beliau dicadangkan oleh beberapa rakan perwakilan supaya bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO, namun masih mempertimbangkannya lagi.…
Read More3.8 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya
KUALA LUMPUR 16 Jan. – Sebanyak 3.8 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya di seluruh negara sepanjang cuti perayaan Tahun Baharu Cina, bermula hujung minggu ini, kata Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata dalam usaha memastikan kelancaran trafik serta keselamatan pengguna pada tahap tertinggi sepanjang tempoh berkenaan, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengambil beberapa inisiatif. Bercakap pada sesi temu ramah bersama BERNAMA Radio, hari ini, beliau berkata antara inisiatif itu mengadakan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Selamat yang bermula Jumaat lalu serta Op Bersepadu yang…
Read More