Pengerusi MUDA Perak dilucut jawatan, digantung

SEPANG 28 Dis. – “Benar, saya dilucutkan jawatan dan digantung selama 3 tahun oleh @partimuda,” . Itu komen Pengerusi Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Perak, Mutalib Uthman yang digantung keahlian selama tiga tahun berkuat kuasa semalam. Beliau melalui media sosialnya mengulas pengumuman Setiausaha Agung MUDA, Amir Abd Hadi, berhubung keputusan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) parti menggugurkan jawatannya disebabkan melanggar arahan parti. Menurut Amir, pada 30 Oktober 2022, Mutalib menaikkan poster di akaun media sosial peribadinya dan MUDA Perak, mengumumkan untuk bertanding di Parlimen Tapah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan…

Read More

Taman tema diarah tutup pada hari ke-14

KEPALA BATAS 28 Dis. –  Selepas dua minggu dibuka bermula 15 Disember lalu, Taman Tema Air Bertam Resort & Water Park di sini, diarah tutup buat sementara waktu mulai hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Arahan penutupan itu dibuat Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) selepas mendapati premis berkenaan dipercayai beroperasi tanpa lesen hiburan bagi aktiviti taman tema air. “Pihak MBSP ingin memaklumkan bahawa premis ini masih dalam proses untuk mendapatkan lesen yang sah serta permohonan untuk mendapatkan sijil CCC dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih dalam…

Read More

Kes demam denggi meningkat

PUTRAJAYA 28 Dis. –  Kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-51 tahun ini (ME51/22) dari 18 hingga 24 Disember meningkat 3.5 peratus iaitu 2,018 kes berbanding 1,950 pada minggu sebelumnya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Dalam kenyataannya hari ini, beliau memaklumkan satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada minggu itu berbanding lima pada minggu sebelumnya. Katanya, kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga kini adalah 64,078 kes berbanding 25,794 kes bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 148.4 peratus manakala 50 kematian akibat komplikasi…

Read More

11.5 juta pelancong kunjungi Thailand

BANGKOK: Sebanyak 11.5 juta pelancong sudah memasuki Thailand setakat ini selepas merudum akibat pandemik Covid-19 yang memaksa negara itu memperkenalkan syarat kemasukan ketat dan kos yang tinggi. Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) Yuthasak Supasorn berkata sektor pelancongan diunjurkan menjana hasil 1.5 trilion baht (100 baht =RM12.76) atau pada 50 peratus daripada paras pascapandemik pada 2019. “Kedatangan semula pelancong asing dan pemulihan pelancongan domestik sejak cuti panjang hujung dan kempen rangsangan pelancongan telah membantu (mencapai sasaran ketibaan pelancong),” katanya dalam satu kenyataan. Pada 10 Disember lalu TAT mengadakan acara “Amazing…

Read More

Kes jangkitan harian kekal bawah 500

PUTRAJAYA 28 Dis. – Hari kedua jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di bawah 500 dengan merekodkan 423 kes semalam termasuk dua kes import berbanding 480 yang direkodkan kelmarin. Angka itu menunjukkan hari ke-10 berturut-turut jumlah kes jangkitan harian berada di bawah 1,000 dan dengan perkembangan ini juga, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 5,024,422 iaitu 4,985,908 kes tempatan dan 38,514 kes import. Menurut data portal KKMNOW, enam kematian dilapor berkaitan dengan Covid-19, satu daripadanya berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah keseluruhan 36,841 meninggal dunia termasuk 7,850 BID. Sementara…

Read More