Jumlah sebenar mangsa tanah runtuh 92

HULU SELANGOR 22 Dis. – Jumlah sebenar mangsa tragedi tanah runtuh tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Gohtong, di sini, adalah 92 orang, bukan 94 seperti yang dilaporkan sebelum ini. Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed, berkata semakan mendapati berlaku pertindihan nama dalam buku pendaftaran tapak perkhemahan yang membawa kepada kekeliruan jumlah sebenar mangsa. “Selepas kita buat semakan beberapa kali, termasuk maklumat daripada laporan polis oleh waris, kita rumuskan bahawa jumlah rasmi sebenarnya adalah 92 orang, iaitu kurang dua orang daripada jumlah asal yang dilaporkan sebelum ini,” katanya pada…

Read More

Cukai taksiran kediaman Putrajaya dikurangkan

KUALA LUMPUR 22 Dis. – Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan mulai tahun depan, kerajaan bersetuju mengurangkan Cukai Taksiran bagi kediaman berharga di bawah RM300,000, di Putrajaya. Katanya, keputusan itu dibuat setelah mendengar rungutan dan pandangan daripada penduduk di Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya. “Setelah mendapat penerangan lanjut daripada pihak berwajib dan bersetuju bahawa semua kediaman yang berharga di bawah RM300,000 akan diberikan potongan sebanyak 30 peratus dari jumlah cukai taksiran yang dikenakan. “Pengurangan ini selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan…

Read More

Kementerian WP kini Jabatan WP

KUALA LUMPUR 22 Dis. –  Kementerian Wilayah Persekutuan kini distruktur semula sebagai Jabatan Wilayah Persekutuan dengan pentadbirannya di bawah Jabatan Perdana Menteri dan diketuai oleh Ketua Pengarahnya, Rosida Jaafar. Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali, memaklumkan demikian menerusi perkongsian di Facebook selepas menghadiri sesi taklimat Jabatan Wilayah Persekutuan dan agensi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Menara 1 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, hari ini. “Sesi taklimat kepada Perdana Menteri disampaikan oleh Datuk Seri Rosida Jaafar, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan berkaitan struktur terkini pentadbiran Jabatan…

Read More

Bantuan Awal Persekolahan seawal 12 Jan.

PUTRAJAYA 22 Dis. – Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada semua murid yang diumumkan kerajaan, Selasa lalu, akan disalurkan seawal 12 Januari depan. Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, peruntukan BAP itu dikreditkan ke akaun sekolah yang kemudiannya akan diagihkan secara tunai atau dikreditkan ke dalam akaun murid. Katanya, pihak sekolah diminta mengagihkan wang itu kepada murid sebaik sahaja menerima peruntukan itu. “Tiada sebarang borang atau dokumen perlu diisi oleh murid atau ibu bapa sebelum menerima BAP,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini. KPM juga tidak menyediakan sebarang talian…

Read More

Kesan perkhemahan bantu penemuan 4 mayat

HULU SELANGOR 22 Dis. – Kesan perkhemahan yang menjadi petunjuk awal dan  dibantu khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) membawa kepada penemuan empat lagi mayat tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, di sini pagi ini. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) mengesan petunjuk itu pukul 10.43 pagi ketika kerja pengorekan menggunakan jentera pengaut dijalankan di Sektor C itu. “Selepas itu, kita gunakan khidmat Unit Anjing Pengesan dan anggota SAR di lapangan untuk mengesan lokasi…

Read More

Kes harian Covid-19 kekal di bawah 1,000

PUTRAJAYA 21 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam kekal di bawah 1,000 kes untuk hari ke lima walaupun terdapat sedikit peningkatan iaitu 984 termasuk dua kes import berbanding 816 pada hari sebelumnya. Menurut portal KKMNOW, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 5,020,384 iaitu 4,981,887 kes tempatan dan 38,497 import. Sebanyak tujuh kematian direkodkan termasuk satu kes kematian yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 36,821 termasuk 7,846 kes BID. Sementara itu, sebanyak 14,854  kes aktif dilaporkan dan daripada jumlah itu, sebanyak 13,975…

Read More