Peningkatan kes harian Covid-19

PUTRAJAYA 21 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 semalam menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 816 kes termasuk satu kes import berbanding 718 yang direkodkan pada hari sebelumnya.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 5,019,400 kes iaitu 4,980,905 kes tempatan dan 38,495 kes import.

Menurut data portal KKMNOW,  enam kematian direkodkan termasuk satu kematian yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 36,814 termasuk 7,845 BID.

Sementara itu, sebanyak 15,411  kes aktif dilaporkan dan daripada jumlah itu, sebanyak 14,455 kes atau 93.8 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).

Sebanyak 915 pesakit atau 5.9 peratus mendapat rawatan di hospital, di mana 41 daripada mereka ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), iaitu 24 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh yang direkodkan semalam adalah 940 orang menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,967,175 pesakit sembuh.

Related posts

Leave a Comment