Kontena sisa buangan diarah pulang ke AS

BUTTERWORTH: Sebuah kontena membawa 21.3 tan muatan sisa buangan elektrik dan elektronik (e waste) dari Amerika Syarikat, yang masuk melalui Pangkalan Kontena Utara Butterworth (NBCT), di sini, diarah pulang ke negara asal. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang mengarahkan demikian berikutan sisa buangan itu dipercayai ingin dilupuskan secara haram di negara ini. Sisa buangan itu terdiri daripada buangan sekerap membabitkan papan litar bercetak (PCB), pemacu cakera dalaman, unit pemprosesan pusat (CPU) komputer dan lain-lain komponen elektronik. Pengarah JAS Pulau Pinang, Sharifah Zakiah Syed Sahab, berkata pihaknya membongkar kegiatan itu selepas menjalankan…

Read More

Rakyat meluat dengan gabungan PH-BN

KULIM 8 Dis. – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin, menyifatkan kemenangannya sebagai bukti rakyat menolak pembentukan kerajaan di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Katanya, kemenangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) itu juga adalah manifestasi penolakan rakyat terhadap pelantikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri. “Keputusan ini adalah satu mesej jelas daripada rakyat Malaysia dan warga Padang Serai yang menolak Kerajaan Campuran PH-BN dan Kabinet Kleptokrat dan membantah pelantikan Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah,” katanya.…

Read More

222 kerusi Parlimen PRU15 diisi

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU15) berakhir semalam 7 Disember 2022 selepas kerusi P.017 Padang Serai menjadi kerusi terakhir dipertandingkan. Daripada 222 kerusi, Pakatan Harapan (PH) mendahului dengan 82 kerusi diikuti Perikatan Nasional (PN) 74 dan Barisan Nasional 30. Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula mencatatkan kemenangan 23 kerusi, Gabungan Rakyat Sabah 6, Warisan 3, Bebas 2, Parti Bangsa Malaysia 1 dan Parti Kesejahteraan Demokratik 1. Sebanyak 39 parti layak bertanding dalam PRU15 ini sekali gus menunjukkan peningkatan berbanding PRU14 pada 2018. PRU15 turut menyaksikan enam parti gabungan bertanding bagi meraih sokongan…

Read More

SPR harap pilihan raya serentak 6 negeri

KULIM 8 Dis. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi enam negeri yang belum mengadakannya dapat dilaksanakan secara serentak bagi memudahkan urusan SPR. Pengerusi SPR, Abdul Ghani Salleh, berkata, langkah itu akan memudahkan petugas membuat penyelarasan. Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada kepemimpinan negeri-negeri berkenaan untuk memilih waktu yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya di enam negeri itu iaitu Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan. Katanya, pilihan raya bagi keenam-enam negeri dianggarkan menelan belanja kira-kira RM450 juta. Beliau juga memberitahu, berikutan peningkatan jumlah…

Read More

MIC tolak jawatan Timbalan Menteri

SEPANG 8 Dis. –  Selepas ‘rebah’ dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan tidak disenaraikan menganggotai Kabinet, MIC parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak akan menerima sebarang jawatan Timbalan Menteri yang ditawarkan. Setiausaha Agungnya, R T Rajasekaran berkata, pendirian itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CWC) MIC semalam selain menghormati pilihan pengundi ketika PRU15. “MIC mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. MIC juga merakamkan sokongan kepada titah Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) untuk menyokong Kerajaan Perpaduan. “Semoga Perdana…

Read More

Rakyat tidak percaya gabungan PH – BN

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Kemenangan besar Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen di Padang Serai dan kekalahan tipis di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman tanda positif sokongan padu rakyat, kata Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin. Beliau berkata keputusan kerusi Parlimen dan DUN itu menunjukkan rakyat tidak teruja dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH). Katanya, majoriti BN merosot hampir separuh di Tioman dan majoriti PN di Padang Serai dua kali ganda majoriti yang dimenangi oleh PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). “Ini bukti rakyat tidak mempercayai gabungan…

Read More