PKR ketuai Kabinet, BN tanpa MCA, MIC

PUTRAJAYA 2 Dis. – PKR mengetuai barisan Jemaah Menteri dengan lapan orang wakil termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala UMNO menjadi komponen tunggal Barisan Nasional (BN) yang menganggotai Kerajaan Perpaduan. Perdana Menteri yang juga Presiden PKR turut memegang portfolio, Kementerian Kewangan. Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dilantik sebagai Menteri Ekonomi; Setiausaha Agung, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (Menteri Dalam Negeri),  Naib Presiden, Nik Nazmi Nik Ahmad (Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim). Seorang lagi Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang (Menteri Sains dan Teknologi); Ketua Penerangan,…

Read More

Dr Mohd Na’im jaga hal ehwal agama

PUTRAJAYA  2 Dis. – Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipilih menerajui portfolio agama dalam Kabinet Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan memegang jawatan itu selaku Senator atau Ahli Dewan Negara bagi menyambung tugas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad. Mohd Na’im dilantik sebagai Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie untuk menerajui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkuat kuasa pada 1 April 2019. Anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur ini pernah menyandang jawatan sebagai Hakim Mahkamah…

Read More

Zambry, Saifuddin, Zafrul tewas sertai Kabinet

PUTRAJAYA 2 Dis. –  Dua Setiausaha Agung parti politik yang tewas pada Pilihan Raya Umum lalu turut dilantik menganggotai Kabinet Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini. Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN)  Dr Zambry Abd Kadir dilantik sebagai Menteri Luar manakala Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail sebagai Menteri Dalam Negeri. Pada PRU lalu, Dr Zambry, tewas kepada calon PN, Nordin Ahmad Ismail di kerusi Parlimen Lumut. Bekas Menteri Besar Perak itu kalah dalam pertandingan lima penjuru selepas calon PN memperoleh 25,212 undi berbanding Dr Zambry…

Read More

Zahid, Fadillah dilantik TPM

PUTRAJAYA 2 Dis – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet baharu Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini. Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut menamakan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri II. Beliau yang mengumumkan demikian pada sidang media pengumuman barisan Kabinetnya turut memaklumkan beliau akan turut bertanggungjawab sebagai Menteri Kewangan. Sementara Zahid yang juga Presiden UMNO akan turut memegang portfolio Kemajuan Desa…

Read More

83,783 pengundi 18 pada September

PUTRAJAYA 2 Dis. – Seramai 83,783 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas, didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu dalam tempoh 1 September hingga 30 September lalu. Bagi pemilih terbabit boleh membuat semakan mulai hari ini sehingga hujung bulan ini melalui Daftar Pemilih Tambahan Bulan September Tahun 2022 (DPT BLN9/2022), yang sudah diwartakan,  Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, dalam satu kenyataan berkata, selain pengundi muda, daftar pemilih itu turut menyenaraikan 27,104 pemilih yang bertukar bahagian pilihan raya dan 11,049 pemilih bertukar status atau kategori pengundi. “SPR menyeru…

Read More

10 ADUN Pahang angkat sumpah Exco

PEKAN 2 Dis. – Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), lapan mewakili Barisan Nasional (BN) dan dua Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah jawatan  sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Pahang hari ini. Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Exco itu diadakan di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 3 petang. Berangkat sama dalam istiadat itu ialah Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Mendahului istiadat mengangkat sumpah itu…

Read More

Lima bot sumbangan Yang di-Pertuan Agong

PEKAN 2 Dis. – Sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan bot kepada penduduk di daerah ini. Dalam titah baginda, Seri Paduka berpesan kepada penerima supaya bot tersebut digunakan secara bersama penduduk lain yang terjejas banjir dan bukan untuk kegunaan sendiri semata-mata. “Jangan jual pula ya, ini (bot) untuk bantu orang-orang terdekat juga… kalau ada rumah-rumah terdekat (banjir) bantu, tolong jiran,” titah Al-Sultan Abdullah. Lima bot jenis fiber lengkap bersama jaket keselamatan itu dikurniakan Seri Paduka di pekarangan Masjid Sultan Ahmad…

Read More

PM menghadap Sultan Perak

IPOH 2 Dis. – Perdana Menteri  Anwar Ibrahim menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta, di sini, hari ini. Ia sempena kepulangan kali pertama Ahli Parlimen Tambun itu ke kawasannya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lalu. Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) tiba di istana pukul 10.50 pagi dan selesai menghadap Sultan Nazrin pada 12 tengah hari. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu kemudian menyertai sesi tinjauan mesra di Pasar Tanjung Rambutan bagi menzahirkan penghargaan kepada para pengundi dan penyokongnya. Beliau meluangkan masa…

Read More

Kabinet: Bukan mudah agih “sama rata sama rasa”

KHABARNYA petang ini akan diketahui siapa menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan, hampir dua minggu selepas rakyat memilih. Setakat ini, hanya Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang mengangkat sumpah jawatan. Situasi ini bukan sesuatu yang luar biasa. Seperti berlaku pada  Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018, pembentukan Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr. Mahathir Mohamad juga mengambil masa. Pada PRU lalu, Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, pada 10 Mei sehari selepas PH diumumkan memenangi PRU14 yang menyaksikan tamatnya pemerintahan 61 tahun Barisan Nasional (BN). Ini diikuti pengumuman beberapa…

Read More

11 perwakilan Malaysia terima watikah

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Sebelas perwakilan Malaysia ke luar negara, menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini. Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah juga berangkat ke istiadat itu yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin. Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baru dilantik ialah Duta Besar ke Emiriyah Arab Bersatu, Datuk Seri Ahmad Fadil Samsuddin yang juga bekas Datuk Pengelola Bijaya Diraja; Duta Besar ke Vietnam, Datuk Tan Yang…

Read More