Zambry, Saifuddin, Zafrul tewas sertai Kabinet

PUTRAJAYA 2 Dis. –  Dua Setiausaha Agung parti politik yang tewas pada Pilihan Raya Umum lalu turut dilantik menganggotai Kabinet Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN)  Dr Zambry Abd Kadir dilantik sebagai Menteri Luar manakala Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail sebagai Menteri Dalam Negeri.

Pada PRU lalu, Dr Zambry, tewas kepada calon PN, Nordin Ahmad Ismail di kerusi Parlimen Lumut.

Bekas Menteri Besar Perak itu kalah dalam pertandingan lima penjuru selepas calon PN memperoleh 25,212 undi berbanding Dr Zambry memperoleh 24,849, perbezaan 363 undi.

Saifuddin pula gagal mempertahankan kerusinya dalam pertandingan empat penjuru di Kulim-Bandar Baharu apabila calon PN menang dengan majoriti 13,061 undi.

Turut dilantik selepas tewas pada PRU lalu adalah bekas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang diberi portfolio Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Zafrul tewas dalam pertandingan empat penjuru di Kuala Selangor selepas calon PH dari Amanah Dr Dzulkefly Ahmad menang dengan majoriti 1,002 undi berbanding Nordin yang mendapat 25,212 jumlah undi.

 

Related posts

Leave a Comment