PM10 : MCA, MIC dakwa Zahid langgar ketetapan BN

KUALA LUMPUR 23 Nov. -: Dua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) mendakwa Ahmad Zahid Hamidi melanggar ketetapan Dewan Tertinggi BN, dan mempersembahkan maklumat salah kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung pelantikan Perdana Menteri ke-10. Dalam kenyataan kepada media, Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon dan Presiden MIC SA Vigneswaran merujuk surat didakwa dihantar Pengerusi BN itu kepada Istana Negara, menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Mereka mendakwa tindakan Ahmad Zahid tidak bersandarkan kepada ketetapan Dewan Tertinggi BN. Chong berkata, surat daripada Presiden UMNO itu…

Read More

Raja-raja Melayu bincang kemelut PM10

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Satu perbincangan khas Raja-Raja Melayu akan diadakan di Istana Negara esok sebagai usaha Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merungkai kemelut pembentukan kerajaan. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadli Shamsuddin, berkata perbincangan itu bagi membolehkan Al-Sultan Abdullah mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam membuat keputusan mengenai pelantikan Perdana Menteri ke-10. Katanya, perbincangan dengan Raja-Raja Melayu itu diadakan selepas Yang di-Pertuan Agong menerima menghadap wakil pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pagi tadi. Proses selanjutnya susulan daripada sesi menghadap…

Read More

Dari Seri Pacific ke St.Regis

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Selepas Seri Pacific yang menjadi lokasi pertemuan pemimpin BN-PH, kini Hotel St. Regis pula menjadi tumpuan apabila pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bertemu di situ. Difahamkan pertemuan itu dipercayai ada kaitan dengan kemelut politik negara bagi membentuk kerajaan baharu yang masih terhalang sejak pasca PRU15. Pertemuan, di sini itu bermula petang ini dipercayai bagi membincangkan kerjasama bagi membentuk kerajaan Persekutuan sekali gus memilih Perdana Menteri ke-10 setelah PH dan PN gagal memperoleh majoriti mudah. Pertemuan itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail…

Read More

Surat kepada Agong BN sokong Anwar?

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Di sebalik kebuntuan memilih Perdana Menteri Ke-10, kini tular sepucuk surat menggunakan kepala surat Barisan Nasional (BN) yang mendakwa BN bersetuju menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH). Surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu tular di media sosial ketika pemimpin BN dititah menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini. Keputusan menjalinkan kerjasama itu dikatakan merujuk kepada hasil mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam untuk mengadakan kerjasama dengan PH dalam pembentukan kerajaan Persekutuan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Surat yang ditandatangani Pengerusi…

Read More

BN disaran sertai kerajaan perpaduan

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahmenitahkan semua 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengambil bahagian dalam kerajaan perpaduan, kata Pengerusinya Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusi BN itu memaklumkan, beliau bersama dua pemimpin tertinggi gabungan berkenaan menerima titah demikian semasa menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, pagi ini. Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk juga menegaskan, Seri Paduka tidak menitahkan apa-apa mengenai pendirian berkecuali. “Tak ada, tak ada. Bukan itu titah tuanku. Titah Tuanku ialah bentuk kerajaan perpaduan,” kata Presiden UMNO…

Read More

Surat letak jawatan palsu – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata, surat yang disebarkan mengenai pilihan Barisan Nasional (BN) untuk bersama Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) adalah palsu. “Mohon jangan dikeruhkan lagi keadaan. Surat yang telah disebarkan seperti berikut adalah palsu dan rekaan manusia yang tidak bertanggungjawab,” katanya melalui hantaran di Facebooknya hari ini. Surat yang menggunakan kepala surat BN itu juga menyatakan peletakan jawatan Ahmad Zahid sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN sebagai mengambil tanggungjawab atas kekalahan besar BN pada Pilihan Raya Umum lalu.. Berukutan ‘peletakan jawatan’…

Read More

Dr M sedih Pejuang tewas PRU15

PUTRAJAYA 23 Nov. – Pengerusi Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad, menyatakan kesedihannya apabila partinya itu tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu. Katanya, sebagai Pengerusi Penaja parti Gerakan Tanah Air (GTA), beliau sedih dengan keputusan itu, namun tetap menerima pilihan rakyat. “Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang mengganti GTA kalah dalam PRU15. Saya sebagai Pengerusi Pejuang sedih, tetapi saya terima pilihan rakyat. “Saya harap pihak yang menang akan mendirikan kerajaan Malaysia,” katanya dalam catatan pertama selepas PRU15. Pada PRU15 Sabtu lalu, GTA yang bertanding menggunakan logo Pejuang…

Read More

Pemimpin BN, GPS ke Istana Negara

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Tiga pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) dan wakil pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) hadir di Istana Negara hari ini. Mereka dilihat meninggalkan istana selepas hampir 40 minit menghadap Yang di-Pertuan Agong. Mereka ialah Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Mohammad Hasan; serta Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir. Pemimpin BN yang memasuki Istana Negara pada pukul 10.45 pagi dan meninggalkan Istana Negara pada pukul 11.25 pagi. Sementara itu, pemimpin GPS yang dilihat memasuki di Istana Negara sekitar pukul 11 pagi pula meninggalkan Istana…

Read More