Azmin tewas kepada MB Selangor

GOMBAK: Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berjaya merampas kerusi Parlimen Gombak daripada penyandangnya, Azmin Ali yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Calon Pakatan Harapan (PH) itu menewaskan empat calon dengan majoriti undi 12,729 dengan 72,267 undi keseluruhan, berbanding Azmin yang memperoleh 59,538 undi.

Beliau turut mengatasi calon Barisan Nasional (BN), Megat Zulkarnain Omardin yang meraih 30,723 undi manakala Dr Aziz Jamaludin (Pejuang) dan Zulkifli (Bebas) hilang deposit apabila memperoleh kurang 10 peratus daripada undi keseluruhan.

Pada PRU14, Azmin meraih majoriti sebanyak 48,721 undi atas tiket PKR sekaligus menewaskan calon BN Abdul Rahim Kamarudin dan calon Pas Khairil Nizam.

Related posts

Leave a Comment