Selamat sampai ke kampung halaman

PUTRAJAYA 18 Nov. – Perdana Menteri mendoakan Keluarga Malaysia selamat sampai ke kampung halaman dan tempat mengundi masing-masing, untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), esok. Menerusi catatan di laman Facebook rasmi beliau, Ismail Sabri mahu seluruh ahli Keluarga Malaysia untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. “Esok kita dah mengundi. Buat warga perantau, pulanglah untuk menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi. “Saya doakan semua selamat sampai ke kampung halaman, tempat mengundi masing-masing dan kembali ke tempat kerja dengan selamat serta sempurna,” katanya. Beliau juga menyeru Keluarga Malaysia…

Read More

Pengundian di P017 Padang Serai 7 Dis.

PUTRAJAYA 18 Nov. –  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi kerusi Parlimen Padang Serai, adakah pada  7 Disember depan, kata Pengerusinya, Abdul Ghani Salleh. Beliau berkata, tarikh penamaan calon bagi PRU kerusi terbabit ditetapkan pada 24 November ini, sementara pengundian awal pada 3 Disember. Tempoh berkempen pula selama 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 24 November 2022 (Khamis) sehingga pukul 11.59 malam, 6 Disember 2022. “Urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara secara dalam talian dibuka…

Read More

Tidak kejar glamour melalui politik

PERMATANG PAUH : Ustaz Kazim Elias yang dilarang mengadakan ceramah di masjid dan surau atas alasan tidak ada tauliah di Pulau Pinang muncul di Pentas Anak Muda anjuran UMNO Permatang Pauh malam tadi. Kazim berkata kehadirannya bukan untuk ceramah atau kuliah agama tetapi ceramah berkaitan termasuk motivasi serta diselang seli dengan konsert nasyid serta selawat sebagai menghormati pihak berkuasa agama negeri. “Kalau nak saya ceramah macam dulu kena pangkah …(merujuk kepada calon BN P044 Datuk Mohd Zaidi Mohd Said,” katanya pada majlis itu. Beliau juga mengingatkan orang ramai, walaupun dalam…

Read More

Zaidi pertaruhkan gerak kerja

PERMATANG PAUH : Calon Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said mempertaruhkan gerak kerjanya selama ini untuk pengundi melakukan perubahan di kawasan itu. Katanya, BN Permatang Pauh mengharapkan perubahan dalam landskap politik di kawasan itu dengan mencatatkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 esok selepas 23 tahun di bawah penguasaan PKR. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh mengakui banyak pihak menyatakan agak sukar untuk BN dan PN memenangi kerusi ini akibat perpecahan pengundi Melayu yang ketara. Menurut beliau, perpecahan pengundi yang menyokong PN dan Muafakat Nasional…

Read More