Tiba masa bawa perubahan di Sungai Buloh

SUNGAI BULOH 13 Nov. – “Sudah tiga kali ‘merah’ (Pakatan Harapan) jaga tetapi banyak masalah tak diselesaikan, sebab itu kali ini kita mesti bawa perubahan kepada Sungai Buloh. Berilah peluang kepada KJ (Khairy) di sini,” . Begitulah ketegasan dan harapan calon arisan Nasional (BN) Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin ketika berucap di hadapan ribuan pengunjung program Sepetang bersama Pemimpin: Masyarakat Sungai Buloh bersama KJ dan DSH2O, hari ini. Menteri Kesihatan itu menegaskan, perubahan yang ingin dibawa beliau di Sungai Buloh umpama semangat dan komitmen beliau membantu kerajaan mengurus Covid-19 sehingga mampu…

Read More

Henti berbalas kenyataan, utama solidariti

BERA 13 Nov. –  Semua calon Barisan Nasional (BN) dan UMNO diminta memberi tumpuan untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini bukannya   berbalas kenyataan yang tidak membawa  kebaikan kepada parti. Naib Presiden UMNO,  Ismail Sabri Yaakob, berkata, solidariti dalam BN dan UMNO perlu diutamakan untuk meningkatkan keyakinan rakyat kepada parti. “Saya harap tidak kira siapa dalam UMNO atau BN agar memberi tumpuan untuk menang di kawasan yang ditandingi. Ini lebih penting untuk calon BN dapat menyumbang kerusi dan menjadi parti dominan dalam membentuk kerajaan. “Apa…

Read More

KJ sertai Santai Badminton Bersama Chong Wei

SUBANG 13 Nov. – Di sebalik kesibukan kempen, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin tidak lupa menyelitkan aktiviti riadah dan  menjalani gaya hidup sihat bagi mendekati orang ramai khususnya para pengundi. Hari ini, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menjadi pasangan regu badminton dengan jaguh perseorangan lelaki negara, Dr Lee Chong Wei, pada program Santai Badminton bersama Chong Wei di Kampung Baru Subang, di sini. Khairy dan Chong Wei meluangkan masa beraksi sebagai pasangan regu menentang penganjur acara berkenaan, Lee Tick Wah serta bekas pemain kebangsaan yang…

Read More

Anda percaya selepas 22 bulan?

KUCHING 13 Nov – Gabungan Parti Sarawak (GPS) meragui kejujuran Pakatan Harapan (PH) untuk melaksanakan sepenuhnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan memberi penurunan kuasa kepada Sabah dan Sarawak jika mendapat mandat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). “Anda percaya?” kata Pengerusi GPS, Abang Johari Tun Openg seperti dilaporkan Utusan Sarawak hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Pengerusi PH,  Anwar Ibrahim itu ketika berucap pada pelancaran Tawaran Harapan Untuk Sarawak di sebuah hotel di Kuching semalam. Premier Sarawak enggan mengulas lanjut tetapi mengingatkan apa yang dilakukan oleh PH ketika memerintah negara…

Read More

146,737 anggota ATM, pasangan undi 15 Nov.

KUALA LUMPUR 13 Nov. –  Seramai 146,737 individu membabitkan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan mereka akan mengundi pada hari pengundian awal Pilihan Raya Umum (PRU15) pada Selasa, 15 November ini. Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, berkata bagi tujuan itu,  Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mewartakan sebanyak 153 pusat mengundi awal ATM di seluruh negara. Bagaimanapun, proses membuang undi bagi anggota yang didaftarkan sebagai pengundi pos sudah bermula 7 November lalu sehingga 19 November ini sebelum pukul 5 petang selepas menerima Sampul Keutamaan Kertas Undi Pos…

Read More

Jualan tiket tren 2023 mulai 15 Nov.

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Beli awal tak kalut ! Bagi warga Kuala Lumpur yang sudah berkira-kira untuk pulang ke kampung berhari raya tahun hadapan menggunakan perkhidmatan tren, bolehlah mendapatkan tiket perjalanan mulai 15 November ini. Jualan tiket mulai pukul 10 pagi Selasa ini meliputi perkhidmatan kereta api ETS & KTM Intercity bagi perjalanan mulai 1 Januari hingga 30 Jun 2023. Menurut kenyataan KTM Berhad, jualan tiket itu meliputi cuti perayaan seperti Tahun Baharu 2023 (1 -2 Januari), Tahun Baharu Cina (22-24 Januari), Thaipusam (5 Februari), Hari Raya Aidilfitri (22-24…

Read More