PADU bukan janji-janji manis, indah

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Barisan Nasional (BN) mengumumkan Perancangan Amal dan Usaha BN untuk Malaysia yang tercinta (PADU) sebagai tawaran untuk rakyat bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi BN, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PADU yang mengandungi 99 Amal dan Usaha adalah tawaran baharu yang segar daripada BN kepada rakyat Malaysia. Katanya, PADU akan menjadi panduan BN dalam mengemudi tanah air menjadi negara berkemajuan. “PADU bukan janji-janji manis dan indah. PADU bukan tentang segala-galanya percuma. PADU bukan tentang pemansuhan dan pengurangan tanggungjawab dalam serba serbi,” katanya ketika membentangkan…

Read More

Keahlian UMNO 4 individu gugur

KUALA LUMPUR 7 Nov. – UMNO mengesahkan keahlian empat individu dalam parti itu digugurkan selepas didapati mencalonkan diri bagi bertanding mewakili parti lawan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan berkata, pengguguran keahlian mereka adalah selaras dengan Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO. Mereka adalah Zahidi Zainul Abidin yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Padang Besar dan DUN Titi Tinggi, Shahidan Kassim (Parlimen Arau);  Dr Ismail Abd Muttalib (Parlimen Maran) dan Azhar Ahmad bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis. Dalam kenyataannya, Fasal 20.11 Perlembagaan…

Read More

PN kemuka 234 tawaran PN BEST

SHAH ALAM 7 Nov. – Perikatan Nasional (PN) mengemukakan 234 tawaran berteraskan 12 tunjang melalui 30 pendekatan bagi meraih sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Tawaran itu termasuk pengurangan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta pengagihan bayaran tunai hasil petroleum secara terus kepada semua kerajaan negeri berkaitan. PN juga bersedia mempertimbangkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar, biarpun perkara itu tidak tertakluk dalam tawaran PN BEST, bertemakan ‘Prihatin, Bersih, Stabil’ dengan halatuju Malaysia Gemilang. Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, berkata gabungan itu juga…

Read More

“Saya tidak kompromi, awak datang kita lawan”

LUBOK ANTU 7 Nov. – Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan berkompromi dengan mana-mana parti politik yang telah mengkhianati janji yang dipersetujui antara parti. Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana ada satu parti di Semenanjung mengikat perjanjian untuk tidak mengganggu pilihan raya di Sarawak. Menurutnya, umum mengetahui sebelum ini berlaku krisis politik di mana sokongan daripada GPS diperlukan bagi membentuk kerajaan. “Mereka minta saya tolong, minta GPS tolong dan saya memberi sokongan. “Sebab itu Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengerusi Perikatan Nasional (PN) menjadi…

Read More

Tolak politik tabur fitnah, sentimen – Zahid

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Rakyat wajar menolak parti politik yang terus membawa politik fitnah tanpa bukti, hanya bermain politik sentimen berbanding politik khidmat, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, ketika kempen pilihan raya umum semakin panas, sepatutnya parti politik menawarkan tawaran politik yang lebih baik, berdasarkan prestasi yang dicapai, rekod pentadbiran yang diyakini sebagai produk politik mereka. “ Apabila asyik menggunakan politik fitnah, politik sentimen dan politik sentimen untuk memanipulasi sokongan ternyata pihak lawan tidak mempunyai tawaran yang lebih baik berbanding tawaran BN. “Yakinlah tiada…

Read More

PKR tanya PN mana bukti kerjasama PH-BN

PERMATANG PAUH 7 Nov. – “Mana bukti dia?” Itu pertanyaan yang dilontarkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim berhubung dakwaan PN bahawa pihaknya berpakat dengan UMNO bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, Anwar menegaskan beliau tidak pernah berpakat mahupun berunding dengan Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi bagi membentuk kerajaan. Anwar berkata, dakwaan itu tercetus apabila ia dimulakan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin. Beliau menegaskan tidak ada sebarang pakatan atau rundingan bersama calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding…

Read More