Sunak bentuk Kabinet peralihan stabil

LONDON: Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak mengekalkan beberapa menteri kanan daripada Kabinet terdahulu, termasuk Menteri Kewangan, Jeremy Hunt bagi memastikan peralihan pentadbiran yang stabil.

Dua penyokong bekas Perdana Menteri, Boris Johnson turut dikekalkan iaitu Setiausaha Luar, James Cleverly dan Setiausaha Pertahanan Ben Wallace serta melantik semula Suella Braverman sebagai Menteri Dalam Negeri.

Sunak juga mengekalkan bekas pesaingnya dalam merebut jawatan Perdana Menteri, Penny Mordaunt, yang kemudiannya menarik diri selepas gagal mendapatkan sokongan Ahli Parlimen sebagai Ketua Dewan Rakyat.

Pegawai kanan parti Konservatif, Grant Shapps pula dilantik sebagai sebagai Setiausaha Perniagaan.

Dalam Kabinet bekas Perdana Menteri, Liz Truss, Shapps yang juga penyokong tegas Sunak dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri

Shapps menggantikan sekutu rapat Johnson, Jacob Rees-Mogg, yang juga seorang daripada sekurang-kurangnya 10 menteri yang meninggalkan Kabinet di bawah pemerintahan baru Sunak.

Pelantikan lain termasuk Simon Hart sebagai Ketua Whip yang bertanggungjawab ke atas disiplin parti di Dewan Rakyat dan Oliver Dowden dinamakan Canselor duchy of Lancaster, menjadikannya penyelesai masalah utama di seluruh Kabinet.

Nadhim Zahawi pula dilantik sebagai Menteri Tanpa Portfolio, selain juga dilaporkan sebagai Pengerusi Parti Konservatif.

Related posts

Leave a Comment