Qari Bahrain, qariah Malaysia johan tilawah

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Qari Bahrain, Mohamed Sameer Mohamed Magahed dan qariah Malaysia, Sofizah Mousin, masing-masing diumum johan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62, malam ini. Mohamed Sameer memperoleh markah 93.33 peratus, manakala Sofizah meraih 89.66 peratus, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai dan piala. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan hadiah kategori qari, manakala bagi kategori qariah dikurniakan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Sementara itu, wakil Malaysia, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan, muncul naib johan qari…

Read More

Sunak PM bukan kulit putih pertama UK

LONDON: Selepas gagal dalam percubaan pertamanya untuk menduduki jawatan Perdana Menteri Britain, bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak, akhirnya melalui laluan mudah apabila memenangi persaingan menerajui Parti Konservatif. Berikutan kemenangan itu ia sekali gus bakal muncul sebagai Perdana Menteri bukan kulit putih yang pertama di Britain, menggantikan Liz Truss yang meletak jawatan pada Khamis lalu. Penny Mordaunt, pesaing terakhir Sunak selepas Boris Johnson menarik diri secara dramatik, gagal meraih 100 undi diperlukan daripada Ahli Parlimen untuk mencatat kemenangan. “Sehubungan itu, Rishi Sunak dipilih sebagai pemimpin baharu Parti Konservatif,” kata penyokong kanan,…

Read More

Idris Jusoh beri laluan muka baharu

KUALA TERENGGANU 24 Okt. –  Penyandang kerusi Parlimen Besut, Idris Jusoh, mengesahkan tidak bertanding mempertahankan kerusi disandangnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi memberi laluan kepada calon muda. Katanya, keputusan itu seiring dengan hasrat UMNO untuk meremajakan parti dan masa depan UMNO akan menjadi lebih bertenaga dan diminati ramai apabila parti dibarisi kepemimpinan yang lebih muda. Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau sebenarnya sudah membuat keputusan untuk tidak bertanding sejak tahun 2013 bertujuan memberi laluan kepada pimpinan muda meneruskan legasi parti. “Saya menyatakan hasrat untuk tidak bertanding kepada Presiden…

Read More

Teliti semula isu royalti industri perfileman

HULU KELANG 24 Okt. -:Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menyatakan komitmen untuk meneliti semula isu royalti industri perfileman, khususnya jika Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang. Beliau menegaskan, amat memahami isu berkenaan memandangkan beliau sendiri sudah memulakan usaha menyelesaikan isu berkenaan ketika menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. “Ketika itu, saya ada wujudkan jawatankuasa membabitkan wakil perfileman dan drama untuk lihat isu dalam industri, selepas isu royalti untuk penyanyi dan komposer diselesaikan dengan pindaan Akta Hak Cipta 1987. “Jadi waktu saya itu, kita…

Read More

Janji tiga TPM perlu ada dalam manifesto

HULU KELANG 24 Okt. – Cadangan pelantikan tiga Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkumi wakil Semenanjung, Sabah dan Sarawak akan dilaksanakan jika dijadikan sebahagian manifesto Barisan Nasional (BN). Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata jika BN menang dan janji itu menjadi sebahagian manifesto, maka pimpinan Sarawak dan Sabah yang akan mencalonkan nama untuk mengisi jawatan berkenaan. “Kalau perkara ini ada dalam manifesto kita, tentu saja kita akan pastikan ia dilaksanakan. Bagaimanapun, tunggu kita menang dulu dan lepas itu kita bincang. “Tentu saja kalau kita teruskan dengan cadangan dan manifesto ini, kita…

Read More

Ubat batuk tidak berdaftar di Malaysia

PUTRAJAYA 24 Okt. – Lima produk sirap ubat yang dikaitkan dengan kematian kanak-kanak di Indonesia tidak berdaftar di Malaysia, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Norhaliza A Halim. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata satu semakan telah dibuat ke atas laman sesawang Badan Pengawas Obat dan Makanan-Republik Indonesia. Hasilnya KKM mendapati produk tersebut ialah Termorex Sirup, Flurin DMP Sirup, Unibebi Cough Sirup, Unibebi Demam Sirup dan Unibebi Demam Drops yang dikesan mengandungi ethylene gycol melebihi had dibenarkan. “Semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori…

Read More

Parlimen bubar Deepavali tetap meriah

SHAH ALAM 24 Okt. – Sambutan perayaan Deepavali yang diraikan penganut Hindu hari ini, tetap meriah walaupun Parlimen dibubarkan dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ditetapkan pada 19 November ini. Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, sebelum ini ada kata-kata kononnya pihaknya tidak menghormati sensitiviti dan perasaan masyarakat Hindu kerana membubarkan Parlimen dalam tempoh hampir dengan sambutan Deepavali. “Saya lihat walaupun dalam keadaan musim menghadapi pilihan raya, tetapi ia tidak menjejaskan sambutan hari Deepavali. “Pembubaran Parlimen langsung tidak menjejaskan sambutan, malah lebih meriah. Jadi saya mengucapkan Deepavali Valthukkal,” katanya kepada…

Read More

Mas Ermieyati perlu kerja kuat

MASJID TANAH 24 Okt. – Penyandang kerusi Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin mengakui beliau perlu kerja kuat untuk mempertahankan kerusi itu berikutan Barisan Nasional (BN) dijangka menurunkan calon ‘heavyweight’ . Beliau berkata, melalui maklumat diterimanya, BN dikatakan akan mencalonkan seseorang yang berjawatan tinggi dalam sektor awam untuk mencabarnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). “Kita menjangkakan calon ‘heavyweight’ BN, jadi saya mesti kerja kuat untuk memberikan penjelasan kepada pengundi mengenai visi dan misi saya jika dipilih sebagai Ahli Parlimen. “Bukan mudah untuk berhadapan dengan calon sedemikian. Yang penting, saya…

Read More

UPKO tanding 5 kerusi di Sabah

KOTA KINABALU 24 Okt. – Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akan bertanding di lima daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), bulan depan. Naib Presidennya, Ewon Benedick, berkata kerusi terbabit ialah Tuaran, Penampang, Beluran, Libaran dan Kimanis yang diputuskan hasil perbincangan dan rundingan bersama rakan PH Sabah, iaitu PKR, DAP dan Amanah. Beliau sebelum ini sudah disahkan akan bertanding kerusi Parlimen Penampang, manakala Presiden UPKO, Madius Tangau akan mempertahankan kerusi Parlimen Tuaran yang disandangnya sejak 1999. Katanya, rundingan tu bukan…

Read More