Sunak PM bukan kulit putih pertama UK

LONDON: Selepas gagal dalam percubaan pertamanya untuk menduduki jawatan Perdana Menteri Britain, bekas Menteri Kewangan, Rishi Sunak, akhirnya melalui laluan mudah apabila memenangi persaingan menerajui Parti Konservatif.

Berikutan kemenangan itu ia sekali gus bakal muncul sebagai Perdana Menteri bukan kulit putih yang pertama di Britain, menggantikan Liz Truss yang meletak jawatan pada Khamis lalu.

Penny Mordaunt, pesaing terakhir Sunak selepas Boris Johnson menarik diri secara dramatik, gagal meraih 100 undi diperlukan daripada Ahli Parlimen untuk mencatat kemenangan.

“Sehubungan itu, Rishi Sunak dipilih sebagai pemimpin baharu Parti Konservatif,” kata penyokong kanan, Graham Brady, yang turut menyaksikan Mordaunt berikrar memberi sokongan penuh kepada Sunak.

Sunak telah diisytiharkan sebagai pemimpin Parti Konservatif oleh ketua Jawatankuasa penggubal undang-undang Konservatif 1922, meletakkannya di landasan untuk menjadi perdana menteri negara itu yang seterusnya.

Jawatankuasa tersebut bertanggungjawab menetapkan peraturan untuk memilih dan menukar pemimpin parti.

Ini kali kedua Sunak menawarkan diri untuk menerajui Britain dalam tempoh sebulan, ketika negara itu bergelut dengan pelbagai krisis.

Related posts

Leave a Comment