PRU: Setuju tempoh bubar ditetapkan

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Tempoh Pilihan Raya Umum (PRU) wajar dapat ditentukan lebih awal dengan penetapan secara automatik selepas genap mandat lima tahun, kata Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau secara peribadi bersetuju penetapan tempoh pilihan raya satu penggal itu supaya semua pihak termasuk parti politik tidak tertanya-tanya setiap hari untuk tarikh mengembalikan semula kepada rakyat memilih kerajaan. “Walaupun ia menjadi hak kepada Perdana Menteri dan Kabinet untuk menentukan bila tarikh PRU dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong, tetapi jika sekiranya dalam keadaan yang kita samar-samar, pihak pelabur…

Read More

Mansuh pelitup muka di masjid, surau

PUTRAJAYA 29 Sept. – Pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak lagi diwajibkan. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi),  Mohd Ajib Ismail dalam satu kenyataan berkata, ketetapan itu berkuat kuasa mulai esok, 30 September 2022. Menurutnya, ketetapan tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selari dengan ketetapan terkini kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19. Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau masih digalakkan. “Individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema…

Read More

Dedahkan hasil siasatan buku Tommy Thomas

SEPANG 29 Sept. – Kerajaan wajar mendedahkan laporan hasil siasatan ke atas buku memoir bekas Peguam Negara, Tommy Thomas yang sudah disiapkan Pasukan Petugas Khas, kata Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut Ahmd Zahid, laporan itu tidak sepatutnya dibiarkan disimpan terlalu lama kerana dibimbangi kontroversi akan mengulangi kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali. “Laporan itu mustahak didedahkan kepada umum kerana rakyat Malaysia perlu mengetahui perihal sebenar membabitkan bekas Peguam Negara `lantikan politik’ itu. “Laporan Pasukan Petugas Khas itu juga penting kerana ia berpotensi mendedahkan mengenai…

Read More

“Hp ku rosak gara-gara ngejar Pak Jokowi”

KETIKA berkunjung ke Buton Selatan, Sulawesi Tenggara semalam, aksi seorang pelajar perempuan yang masih lengkap berpakaian seragam sekolah menarik perhatian Presiden Indonesia Joko Widodo. Pelajar itu berlari-lari ke arahnya dalam keadaan menangis. Kata Jokowi “ Di antara ramai penduduk Sulawesi Tenggara di Buton Selatan, saya ternampak Sabrila menangis. Rupa-rupanya dia mahu berjumpa dengan saya. Lebih terharu apabila Sabrila berkata : “Hp ku rosak gara-gara mengejar Pak Jokowi. Saya sudah menunggu,” Jokowi kemudiannya berkata : Hp nya rosak…Tukar itu hpnya” Jokowi nyata gembira dengan jelajahnya yang mendapat sambutan. “Dua hari melawat…

Read More

Kes harian Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA 29 Sept. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negara semalam terus menunjukkan peningkatan kepada 2,445 kes termasuk dua kes import berbanding 1,552 kes pada hari sebelumnya. Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak dua kes kematian dicatat semalam dan tiada kes berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in dead (BID). Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,798,811 tempatan dan 38,194 kes import manakala jumlah keseluruhan kematian pula meningkat kepada 36,365 termasuk 7,732 kematian BID. Kes aktif Covid-19 dalam negara pula kini 24,713 termasuk 830 kes…

Read More

Awas iklan palsu lesen memandu

PUTRAJAYA 29 Sept. – Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang iklan tawaran lesen memandu percuma yang diiklan melalui aplikasi WhatsApp. Melalui satu kenyataan, JPJ berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan iklan bantuan lesen memandu percuma kepada semua golongan yang diiklan melalui aplikasi itu. Ia dilakukan sindiket penipuan yang membuat iklan dengan menyalahgunakan gambar Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bagi menarik perhatian mempromosi lesen memandu percuma yang boleh didaftarkan, melalui pautan https://www.motif.my/bantuan-lesen/. Katanya, iklan itu turut mempelawa orang ramai menyertai ‘group whatsapp’ di pautan…

Read More

1,915 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 28 Sept. – Dalam tempoh 24 jam, sebanyak 1,915 kes baharu direkodkan Indonesia menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 6,427,764 sejak kes pertama diumumkan pada 2 Mac 2020. Daerah Jakarta merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 695 kes diikuti Jawa Barat 372, Banten 208, Jawa Timur 190 dan Jawa Tengah 98 dengan kes aktif pula meningkat kepada 19,185. Sebanyak 19 pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 158,076 kematian manakala jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 6,250,503 termasuk 1,884 kes baharu. Sementara itu, pemerintah memberitahu setakat pukul 5.29…

Read More

Anwar bertanding kawasan ‘pengkhianat’

PETALING JAYA 28 Sept. –  Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kemungkinan besar akan bertanding di mana-mana kerusi yang disandang oleh ‘pengkhianat’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. Kenyataan itu membayangkan bahawa Ketua Pembangkang itu kemungkinan tidak akan mempertahankan kerusi Port Dickson yang disandang sekarang. “Kawasan kubu UMNO pun (PH) boleh masuk.Tetapi saya harus pilih kawasan-kawasan pengkhianat. Mesejnya bahawa pengkhianatan dalam politik (tidak boleh diterima). “Kemungkinan besar (saya bertanding) di kerusi pengkhianat,” katanya pada program Sembang Kencang Kelab Wartawan Kuala Lumpur (KLS) @DSAI di sebuah hotel, di…

Read More