Awas iklan palsu lesen memandu

PUTRAJAYA 29 Sept. – Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang iklan tawaran lesen memandu percuma yang diiklan melalui aplikasi WhatsApp.

Melalui satu kenyataan, JPJ berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan iklan bantuan lesen memandu percuma kepada semua golongan yang diiklan melalui aplikasi itu.

Ia dilakukan sindiket penipuan yang membuat iklan dengan menyalahgunakan gambar Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bagi menarik perhatian mempromosi lesen memandu percuma yang boleh didaftarkan, melalui pautan https://www.motif.my/bantuan-lesen/.

Katanya, iklan itu turut mempelawa orang ramai menyertai ‘group whatsapp’ di pautan https://www.portalmalaysia.com/whatsappgroupbantuan, untuk memperdaya lebih ramai mangsa.

JPJ ingin memaklumkan bahawa iklan itu palsu dan memandang serius terhadap sindiket penipuan yang menawarkan lesen percuma ini.

“Siasatan lanjut akan dilakukan termasuk membuat laporan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)”katanya.

Related posts

Leave a Comment