Kes harian Covid-19 meningkat

PUTRAJAYA 29 Sept. – Jumlah kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negara semalam terus menunjukkan peningkatan kepada 2,445 kes termasuk dua kes import berbanding 1,552 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak dua kes kematian dicatat semalam dan tiada kes berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in dead (BID).

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 4,798,811 tempatan dan 38,194 kes import manakala jumlah keseluruhan kematian pula meningkat kepada 36,365 termasuk 7,732 kematian BID.

Kes aktif Covid-19 dalam negara pula kini 24,713 termasuk 830 kes baharu dengan 23,567 pesakit atau 95.4 peratus menjalani kuarantin di rumah, 1,105 atau 4.5 peratus di hospital di mana 22 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Malaysia juga mencatatkan 1,613 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,775,927.

Sementara itu, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dengan 990 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 441, Perak 184, Sabah 176 dan Negeri Sembilan 119.

Kes di bawah 100 direkodkan Kedah 83, Sarawak 82, Pulau Pinang 78, Melaka 68, Kelantan 67, Johor 60, Pahang 40, Wilayah Persekutuan Putrajaya 31, Terengganu 24, Perlis 2 dan tiada kes di Wilayah Persekutuan Labuan.

Related posts

Leave a Comment