Muhyiddin usah tuding jari

SEPANG : Pengerusi Majlis Perundingan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bertindak dalam semangat kolektif, bukan menuding jari dan menyalahkan orang lain berhubung pelaksanaan cadangan atau perakuan majlis itu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata sikap menuding jari ini jelas menunjukkan beliau hanya mampu menyalahkan orang lain atas kelemahan cadangan dan hasil kerjanya.

“Beliau berhak mengemuka pandangan kepada kerajaan, terpulang kepada kerajaan untuk mempertimbangkannya,

“Kerajaan mempunyai pelbagai aspek yang harus diambil kira. Hanya kerana cadangan itu datang dari MPN, tidak semestinya dilaksanakan secara automatik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan Mohamed Khaled itu sebagai mengulas mengenai reaksi Muhyiddin semalam yang meluahkan rasa kecewa selepas hanya 16 daripada 69 perakuan majlis itu dilaksanakan kerajaan sejak tempoh setahun yang lalu.

Menurut Mohamed Khaled, Muhyiddin harus bertindak dalam semangat kolektif kerana beliau adalah sebahagian dari kerajaan.

Beliau berkata, Pengerusi MPN juga seolah-olah lupa sebahagian besar masalah dihadapi sekarang diwarisi dari kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Jadi, janganlah bersikap baling batu sembunyi tangan. Saya percaya perdana menteri dan anggota kerajaan serta kakitangan awam sedang mencuba memberikan yang terbaik bagi berhadapan dengan segala masalah negara,” katanya.

Related posts

Leave a Comment